fbpx

“Tak Perlu Bertunang Untuk Tunjuk Kamal Milik Saya”

Jika sebelum ini Kamal Adli pernah menyatakan hasratnya yang sudah bersedia untuk berkahwin dengan Emma Maembong, namun hubungan itu dilihat masih tidak mempunyai hala tuju sehingga ada sesetengah pihak mempertikaikan sikap Emma yang kelihatan seakan bermain tarik tali dan menyembunyikan status mereka.

BACA: Giliran Emma Maembong Hilang 3 Juta Pengikut Di Instagram

“Kami masih lagi dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing. Sesetengah pihak yang tidak faham mungkin akan menghentam dan menyelar seolah-olah kami tidak serius merencana perjalanan masa hadapan. Malah tidak kurang ada yang pertikaikan mengapa saya seperti bermain tarik tali mengenai hubungan cinta kami”

“Mereka mempertikaikan mengapa saya masih muat naik gambar berdua tetapi masih membiarkan hubungan kami tergantung begitu sahaja. Seperti pasangan bercinta lain, saya juga ingin mengenali insan yang dicintai dengan lebih mendalam. Proses itu memerlukan masa,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara itu.

Selain itu, Emma turut berkongsi luahan hatinya tentang pengalaman cinta lalu yang banyak membuatkan beliau untuk lebih berhati-hati mengenali seseorang secara berperingkat. Malah, tambahnya lagi beliau tidak ingin terlalu hanyut didalam soal cinta sehingga boleh menyebabkan jiwa melara apabila hubungan putus ditengah jalan. (rkty/w)