fbpx

Tahniah! Sheila Majid Di’iktiraf Pemilik Vokal Wanita Terbaik

Hari ini mencatat satu lagi sejarah gemilang buat Ratu Jazz Malaysia Sheila Majid apabila di’anugerahkan Outstanding Female Vocalist yang disampaikan oleh Federation for Asian Cutural Promotion (FACP).

“Saya amat gembira kerana dianugerahi gelaran ini. Mereka adalah satu badan antarabangsa dan saya bersyukur dan berasa dihargai kerana dipilih,” kata Sheila Majid yang sudah 24 tahun dalam dunia seni tanah air.

Perkembangan lain menurut Sheila Majid adalah beliau akan mengeluarkan 2 single terbaru tahun hadapan sempena meraikan 25 tahun penglibatan & bakat beliau dalam dunia nyanyian.

Kami di’sini sentiasa menunggu konsert terbaru Sheila Majid. Jika boleh, buat secara besar-besaran kerana 25 tahun dalam dunia seni bukan mudah. Bintang realiti sekarang mahu survive 2 tahun pun terkangkang.