Konsert Penutup Jelajah Malaysia & Singapura Hujan 22 November Ini

(Foto Konsert Band Malaysia Terbaik: Amrul Kareem)

Ahad ini akan menjadi hari terakhir konsert jelajah Singapura & Malaysia Hujan yang berlangsung sejak beberapa bulan lalu. Hujan atau panas, goreng saja gitar itu.

Konsert yang akan berlangsung di KL Live, Life Centre itu bakal menyaksikan peminat Hujan berkumpul menikmati persembahan tenaga band indie paling popular hari ini.

Konsert ini akan dihoskan oleh pengacara comel molek, Yasmin Hani & peminat juga akan dihidangkan video eksklusif belakang tabir konsert jelajah mereka.

Berminat? Tiket berharga RM15 and RM20. Anda boleh hubungi 017-206-7904 (Alef) atau 012-384-6990 (Nana) atau e-mail sahaja [email protected]

(Gossip) Hans Isaac Kini Berpacaran Dengan Yasmin Hani?

Gossip ini baru sahaja keluar beberapa puluh minit tadi & ini satu perkembangan yang menarik.

Bujang yang agak terlajak, Hans Isaac hari ini di’katakan sedang menjalin hubungan cinta dengan pengacara comel, Yasmin Hani.

Dari pengamatan fizikal, mereka berdua ini nampak sepadan.Sama cantik sama-sama memiliki wajah Pan Asia.

Tetapi tidak tahu bagaimana emosi mereka bersatu jika benar gossip yang menyatakan mereka bercinta.

Sebarang perkembangan gossip ini akan di’sampaikan secepat mungkin. Peace out!

(Gambar) Yasmin Hani Kembali Single

Pada usia 30 tahun, Yasmin Hani yang memiliki wajah segar ala-remaja ini mendambakan untuk berumahtangga pada tahun ini.

Namun jodoh Yasmin Hani & kekasihnya tidak panjang. Mereka menamatkan ikatan cinta mereka dua bulan lalu.

“Sudah dua bulan sebenarnya kami berpisah. Memang saya amat kecewa pada awalnya, tetapi kerana saya telah banyak lalui perkara seperti ini, jadi saya tidak mahu terlalu ikut perasaan sangat.”

Jika ada jejaka di’luar sana yang mula menaruh hati terhadap Yasmin Hani, ini kata-kata beliau terhadap lelaki idaman untuk di’jadikan pasangan hidup.

“Saya tidak memandang paras rupa. Asalkan dia boleh menghormati saya, berdikari dan matang, itu semua antara kriteria yang memadai buat saya.” Sumber mStar Online.