Blackberry Fasha Sandha Hilang, Orang Ramai Sedang Menunggu Video Panas

Artis jelita, Fasha Sandha kerugian lebih RM2,000 apabila telefon pintar Blackberry miliknya hilang selepas bilik penginapannya di sebuah hotel di Pantai Chenang di sini, dimasuki pencuri.

Sumber polis berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan hanya telefon pintar Blackberry milik Fasha Sandha dilarikan pencuri.

Dalam kesibukan orang ramai dengan video lucah Ariel Peterpan yang bocor dek kerana rakan sendiri, telefon bimbit peribadi milik Fasha Sandha kini di’tangan orang.

Tidak’lah kami kata yang telefon bimbit Fasha Sandha mengandungi video serupa namun maklumat peribadi dalam telefon bimbit itu pasti menjadi bahan berita berharga.

Kami harap tiada apa-apa dalam telefon bimbit tersebut yang boleh mejejaskan karier Fasha Sandha hari ini. Kalau ada, e-mail’kan kepada kami!

Fasha Sandha Bersuara: Nora Danish Taknak Tegur, Saya Tak Kisah

Akhirnya, pihak ketiga yang nampak seperti pihak kedua dalam kancah penarikan diri Nora Danish dari set Spa Qistina mula bersuara.

Walaupun Fasha Sandha secara teknikalnya tidak ada kena mengena dengan masalah Nora Danish, namun respons dari mulut beliau memang di’nanti-nanti.

“Industri hiburan ini kecil saja. Terpulang kepada dia (Nora Danish) kalau tak mahu tegur,” kata Fasha Sandha kepada Berita Harian hari ini.

Fasha Sandha memaklumkan yang beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk berlakon bersama Nora Danish. Beliau pun sudah sedia maklum yang akan ada kemungkinan bertembung dengan jadual Nora Danish.

Kami nampak dalam hal ini, Fasha Sandha nampak lebih professional dalam hal kerja berbanding Nora Danish yang membawa emosi ke lokasi.

Kami sedar yang Fasha Sandha memang ada sejarah hitam sehinggakan Qabil Ambak pun fikir dua kali untuk berumahtangga dengan beliau, namun dalam soal kerja & mencari rezeki, emosi sebegitu perlu di’tolak ketepi.

Satu soalan, adakah Fasha Sandha senyap kerana memang dia berdiam diri atau media cetak maish memboikot Fasha Sandha?