Besar Sungguh Sifat Kemaluan Datuk K: Majlis Kahwin Umie Aida Tertutup

Berita yang baru keluar ini menambahkan jelik kami terhadap berita perkahwinan Umie Aida & Datuk Khairuddin. Tetapi, ia’nya seronok untuk di’tulis.

Umie Aida selepas majlis pertunangan’nya malam tadi mengumumkan yang majlis perkahwinan beliau bersama Datuk K akan berlangsung dalam suasana tertutup.

Dalam majlis pertunangan yang di’hadiri hampir 200 orang dalam penthouse (bukan kondominium ya!) berharga RM4 juta, Umie Aida turut mengakui yang bakal suaminya seorang yang pemalu.

‘Mungkin ramai pihak menyangka dapat bertemu dengan Abang hari ini. Tapi bagi pihaknya saya minta maaf kerana dia tidak biasa. Lagipun dia seorang yang pemalu. Saya yakin dia akan tercungap-cungap bila dikerumuni wartawan”

Umie Aida juga awal-awal memberi peringatan supaya jangan sesiapa memanggil beliau dengan gelaran Datin. Erm, bukan itu yang anda mahukan Umie Aida?

(Gambar) Datuk K, Tunang Umie Aida Punya Wajah Mirip Jaafar Onn

(Kredit Foto: Syok Kahwin) I shit you not. Di’atas adalah gambar yang di’dakwa individu bernama Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan atau Datuk K menurut Umie Aida.

Siti Nurhaliza yang terlebih dahulu memperkenalkan istilah Datuk K juga terkena tempias tetapi bijak berkata hanya ada satu Datuk K dan individu itu hanya untuknya.

Perkahwinan Umie Aida & Datuk K akan menjadi highlight dunia hiburan tanah air berikutan hadiah perkahwinan buat Umie Aida bukan calang-calang, kondominium dupleks.

Umie Aida menjangkakan yang mereka akan bernikah hujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan. Semoga pasangan ini berbahagia hendaknya sampai akhir hayat.