TERBARU

(Gossip) Scha al-Yahya Bakal Diganti Dalam Musim Baru Awan Dania

Belum pun habis tayangan Awan Dania musim ke-2, sudah keluar gossip kurang enak berkenaan drama ini untuk musim akan datang.

Teraju utama drama bersiri ini, Scha al-Yahya di’katakan bakal di’ganti dengan pelakon lain atas sebab yang masih belum jelas.

Watak Dania yang di’bawa & menjadi ikon dalam Awan Dania akan di’kekalkan namun pembawanya sahaja yang akan berganti.

Pertukaran pelakon drama ini mungkin ada kena mengena dengan pertukaran pengarah drama ini sendiri di’tengah-tengah episod musim ke-2 Awan Dania.

Jika benar Scha al-Yahya di’gugurkandan di’ganti dengan orang lain, maka kami rasa akan hilang serilah drama ini tanpa keletah selamba beliau.

Oh ya, gambar di’atas adalah gambar terkini Scha al-Yahya ketika beliau sedang menjalani pengambaran di’Pulau Langkawi.

Ingat lagi Twitter tentang Scha al-Yahya bersama Jehan Miskin?

Gossip Selebriti

(Twitter) Reaksi Scha al-Yahya Terhadap Dakwaan Berlagak Diva

Marah benar bunyinya Scha al-Yahya dalam kenyataan terbaru menerusi akaun Twitter beliau.

Kami kurang pasti siapa sebenarnya yang memulakan gossip mendakwa Scha al-Yahya mula berlagak diva setelah kejayaan drama bersiri Awan Dania.

Alangkah bagusnya jika semua artis & selebriti Malaysia mempunyai Twitter. Mudah untuk kami wartawan tidak bertauliah ini mahu bertanyakan soalan panas.

Lagipun, Twitter boleh mendekatkan seseorang artis itu dengan peminat. Peminat sekarang mahu semuanya cepat & pantas.

Untuk Scha al-Yahya, banyak-banyak bersabar. Dunia artis, begitulah. (Macam pernah jadi artis pula kami)

News Selebriti

Spoiler Awan Dania 2: Dania Bakal Ditembak, Scha al-Yahya Selamat

Kami suka selebriti yang aktif dalam laman sosial seperti Facebook & Twitter — contohi Scha al-Yahya.

Gambar di’sebelah di’update sendiri oleh Scha al-Yahya melalui Facebook & ini boleh jadi spoiler ringan untuk episod Awan Dania akan datang.

Entah apa sebenarnya berlaku, gambar menunjukkan Dania di’tembak tepat didada kiri & jika mengikut ilmu CSI kami, Dania harus mati.

Dalam dunia nyata, Scha al-Yahya masih sihat & boleh rocking. Lagi gambar terbaru Scha al-Yahya selepas pengambaran Awan Dania 2 selepas ini. Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti

Scha al-Yahya: Si Gadis Fantastik Dalam Remaja Isu Disember 2009

Satu lagi majalah menjadi bahan entri kami. Hari ini dunia hiburan semacam stagnant.

Scha al-Yahya yang kini sedang meniti zaman populariti di’pilih sebagai wajah cover Remaja edisi Disember 2009.

Scha nampak seksi & anggun dalam persalinan ungu moden.

Tidak seperti beberapa bulan lepad di’mana Scha al-Yahya menjadi cover sebuah majalah lain, tetapi tampil dengan fesyen rambut ala singa Afrika.

Mahu tahu apa yang Remaja cungkil tentang Scha al-Yahya kali ini? Dapatkan majalah Remaja terbaru yang kini sudah berada di’pasaran.

Kami rasa Scha al-Yahya bukan sahaja fantastik, malah bombastik tanpa menukar diri menjadi artis plastik.

Gambar Selebriti