TERBARU

(Gambar) Fasha Sandha Sebagai Cleo Dalam Duyung Aridinatha

Hari ini Harian Metro keluar kisah Fasha Sandha yang kini sedang sibuk menjalani pengambaran sebuah drama bersiri terbaru, Duyung Aridinatha.

Namun tidak ada akan sekeping pun gambar yang menunjukkan Fasha Sandha sebagai duyung yang bernama Cleo tersebut. Kegagalan besar.

Kami yang sentiasa tidak mengecewakan (perasan bagus), membawakan kepada anda gambar-gambar eksklusif Fasha Sandha dalam persalinan duyung.

Untuk makluman, gambar-gambar ini adalah gambar peribadi milik Fasha Sandha yang di’upload ke internet. Enjoice as usual bro! Teruskan Membaca →

Gambar News Selebriti

Kini Anda Boleh Katakan Hello Kepada Fasha Sandha Di Twitter

Jika anda masih belum ada akaun Twitter & anda merupakan kipas susah mati kepada Fasha Sandha, ini masa terbaik untuk daftar satu — kerana Fasha Sandha sekarang ada di’Twitter.

Fasha Sandha yang kita kenali dengan pelbagai gossip nakal & panas baru sahaja mendaftarkan diri di’Twitter awal bulan ini dan masih belum mempunyai ramai pengikut.

Selepas ini, lebih pantas Fasha Sandha boleh menangkis sebarang gossip dengan hanya melalui Twitter. Jangan pula selepas sebulan dua senyap tanpa updates.

Tunggu apa lagi? Ikuti Fasha Sandha di @NurFashaSandha & jangan lupa juga ikuti stream Twitter kami untuk gossip Fasha Sandha yang terkini, @RotiKaya.

News Selebriti

Fasha Sandha Bersuara: Nora Danish Taknak Tegur, Saya Tak Kisah

Akhirnya, pihak ketiga yang nampak seperti pihak kedua dalam kancah penarikan diri Nora Danish dari set Spa Qistina mula bersuara.

Walaupun Fasha Sandha secara teknikalnya tidak ada kena mengena dengan masalah Nora Danish, namun respons dari mulut beliau memang di’nanti-nanti.

“Industri hiburan ini kecil saja. Terpulang kepada dia (Nora Danish) kalau tak mahu tegur,” kata Fasha Sandha kepada Berita Harian hari ini.

Fasha Sandha memaklumkan yang beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk berlakon bersama Nora Danish. Beliau pun sudah sedia maklum yang akan ada kemungkinan bertembung dengan jadual Nora Danish.

Kami nampak dalam hal ini, Fasha Sandha nampak lebih professional dalam hal kerja berbanding Nora Danish yang membawa emosi ke lokasi.

Kami sedar yang Fasha Sandha memang ada sejarah hitam sehinggakan Qabil Ambak pun fikir dua kali untuk berumahtangga dengan beliau, namun dalam soal kerja & mencari rezeki, emosi sebegitu perlu di’tolak ketepi.

Satu soalan, adakah Fasha Sandha senyap kerana memang dia berdiam diri atau media cetak maish memboikot Fasha Sandha?

News Selebriti