Gambar: Gelagat Tiz Zaqyah Dan Remy Ishak Sekitar Anugerah Skrin 2011

Alhamdulillah selesai sudah majlis gilang gemilang Anugerah Skrin 2011 yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur. Keputusan pun sudah semua ketahui semalam — tidak perlu kami ulang lagi rasanya.

Jurugambar kami MOHD AIZAT berjaya merakam detik detik sepanjang berlangsung’nya majlis ini dan salah satu yang menarik perhatian kami adalah gelagat paangan kekasih baru — Tiz Zaqyah & Remy Ishak.

Remy Ishak malam tadi berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Filem Lelaki Terbaik menerusi filem Cun manakala Tiz Zaqyah berjaya tercalon untuk lima teratas dalam beberapa kategori.

Mengulas tentang isu beliau menegur seorang wartawan hujung minggu lalu, Remy Ishak berkata beliau sebenarnya terkilan dengan sikap wartawan yang sebegitu, menulis tanpa bertanyakan fakta. Teruskan Membaca

Selepas Popular Sebagai Pelakon, Tiz Zaqyah Mahu Menyanyi Pula

Baru sahaja sebut nama Tiz Zaqyah sebentar tadi, ada pula cerita baru tentang pelakon wanita kegemaran ramai ini.

Murai.com.my hari menulis yang Tiz Zaqyah yang mengecap populariti mendadak melalui drama bersiri Nur Kasih kini sedang dalam perancangan untuk bergelar penyanyi.

Perancangan licik Tiz Zaqyah tidak hanya melibatkan beliau seorang, namun pelakon & juga pengarah muda, Yana turut sama berminat untuk menyanyi.

Kedua-dua mereka ini di’katakan sedang berbincang dengan seorang bakat baru dunia seni, Sabhi Sadhi.

Sabhi Sadhi sebelum ini merupakan salah seorang anggota kumpulan Esdeco yang turut di’anggotai oleh Adam AF2.

Harapnya percubaan berani Tiz Zaqyah & Yana ini bakal membuahkan hasil yang sedap untuk di’dengar telinga para peminat.

Jangan terjun ke dunia nyanyian semata-mata kerana keinginan tanpa bakat & perancangan yang teliti. We wish both of you all the best!

Remy Ishak Kata Semakin Rapat, Tiz Zaqyah Kata Hanya Kawan

Menarik. Kenyataan dari Remy Ishak di’keluarkan oleh Murai.com.my manakala kenyataan terbaru Tiz Zaqyah dikeluarkan oleh Gua.com.my.

Al-kisahnya wartawan bertanyakan kepada Remy Ishak tentang hubungan beliau dengan Ummi Nazira & Remy Ishak menjawab beliau sudah tidak berhubung dengan bekas kekasih beliau itu.

Remy Ishak juga mengakui dalam temubual yang sama bahawa beliau kini semakin rapat dengan Tiz Zaqyah & selalu keluar bersama-sama dengan rakan lain.

Hari ini, seorang wartawan lain bertanyakan kepada Tiz Zaqyah tentang hal ini, beliau nampak terkejut.

Malah dengan nada suara yang agak kecewa Tiz Zaqyah menyatakan yang hubungan beliau & Remy Ishak hanya kawan, tidak lebih dari itu.

Perkara kecil sahaja. Lagi pun Tiz Zaqyah sekarang masih single, apa salahnya Remy Ishak mencuba nasib.