It’s On, Bitch: Fasha Sandha Kata Nora Danish Kaki Minum & Parti

Selepas Nora Danish menulis di’Twitter yang beliau mahukan Fasha Sandha berhenti berpura-pura & meminta maaf atas kesilapan beliau, Fasha Sandha menyerang balas tanpa menunggu.

Ini yang Fasha Sandha tulis sebagai kata balas buat Nora Danish. It might surprise you.

Me.. ‘ hypocrite’?? Tell me about yourself. R u perfect? I believe you’re not. So who r u to judge people huh? U went party n drunk, u showed finger fuck to me at mamak stall for no reason.

So r u a nice lady? R u an idol? Btw, tq for callin me ugly devil. U r still beautiful to my eyes. End.

Kami tidak pernah tahu yang Nora Danish pernah tunjuk isyarat lucah buat Fasha Sandha sebab yeah, Fasha Sandha mungkin tidak mahu hebohkan.

Sekarang kami beminat untuk tahu apa kata balas dari Nora Danish berhubung dakwaan terbaru Fasha Sandha.

Tiga entri berturut-turut tentang Nora Danish, ini satu trend yang tidak sihat. Heh!

(Twitter) Nora Danish Mahu Fasha Sandha Minta Maaf & Akui Kesilapan

Tidak tahu’lah samada ini ada kaitan dengan pujian orang ramai terhadap lakonan Fasha Sandha dalam Spa Qistina yang sedang di’tayangkan secara eksklusif di Astro atau tidak.

Masih belum habis dengan isu remeh ABPBH 2009/10, malam ini Nora Danish sekali lagi meluahkan rasa kurang senang beliau melalui Twitter.

Status Twitter Nora Danish yang secara terang lagi bersuluh di’tujukan buat Fasha Sandha itu meminta pelakon suara kecil ini mengakui kesilapan & meminta maaf.

Nora Danish juga menyebut bahawa orang awam tidak bodoh & Fasha Sandha boleh lihat dengan jelas dari peristiwa beliau kena ‘boo’ di’malam anugerah tempoh hari.

Kami berpendapat, jika Nora Danish untuk sekali, berani meletakkan @NurFashaSandha di belakang update seperti ini, kita akan ada perang Twitter selebriti yang pertama untuk Malaysia. Heh!

Siapa tengok Spa Qistina versi premium kali ini? Betulkah lakonan Fasha Sandha sebagai pelacur kelas atasan & kaki goda betul-betul menjadi?

Fasha Sandha Bersuara: Nora Danish Taknak Tegur, Saya Tak Kisah

Akhirnya, pihak ketiga yang nampak seperti pihak kedua dalam kancah penarikan diri Nora Danish dari set Spa Qistina mula bersuara.

Walaupun Fasha Sandha secara teknikalnya tidak ada kena mengena dengan masalah Nora Danish, namun respons dari mulut beliau memang di’nanti-nanti.

“Industri hiburan ini kecil saja. Terpulang kepada dia (Nora Danish) kalau tak mahu tegur,” kata Fasha Sandha kepada Berita Harian hari ini.

Fasha Sandha memaklumkan yang beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk berlakon bersama Nora Danish. Beliau pun sudah sedia maklum yang akan ada kemungkinan bertembung dengan jadual Nora Danish.

Kami nampak dalam hal ini, Fasha Sandha nampak lebih professional dalam hal kerja berbanding Nora Danish yang membawa emosi ke lokasi.

Kami sedar yang Fasha Sandha memang ada sejarah hitam sehinggakan Qabil Ambak pun fikir dua kali untuk berumahtangga dengan beliau, namun dalam soal kerja & mencari rezeki, emosi sebegitu perlu di’tolak ketepi.

Satu soalan, adakah Fasha Sandha senyap kerana memang dia berdiam diri atau media cetak maish memboikot Fasha Sandha?