Blackberry Fasha Sandha Hilang, Orang Ramai Sedang Menunggu Video Panas

Artis jelita, Fasha Sandha kerugian lebih RM2,000 apabila telefon pintar Blackberry miliknya hilang selepas bilik penginapannya di sebuah hotel di Pantai Chenang di sini, dimasuki pencuri.

Sumber polis berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan hanya telefon pintar Blackberry milik Fasha Sandha dilarikan pencuri.

Dalam kesibukan orang ramai dengan video lucah Ariel Peterpan yang bocor dek kerana rakan sendiri, telefon bimbit peribadi milik Fasha Sandha kini di’tangan orang.

Tidak’lah kami kata yang telefon bimbit Fasha Sandha mengandungi video serupa namun maklumat peribadi dalam telefon bimbit itu pasti menjadi bahan berita berharga.

Kami harap tiada apa-apa dalam telefon bimbit tersebut yang boleh mejejaskan karier Fasha Sandha hari ini. Kalau ada, e-mail’kan kepada kami!

(Gambar) Jika Fasha Sandha Bukan Seorang Selebriti Atau Diva

Jarang dapat kita lihat Fasha Sandha dalam persalinan yang hampir 100% menyerupai gadis kampung, dan tanpa make-up.

Dalam gambar yang di’rakamkan oleh seorang krew pengambaran, Fasha Sandha memang berbakat untuk kembali jadi anak kampung jika satu hari nanti industri hiburan sudah tidak memerlukan.

Note: Anda sudah tonton Inception? Jika belum, silakan & baca review penuh intelek dari Mr.Obefiend. Jangan pening.

(Gambar) Fasha Sandha Sebagai Cleo Dalam Duyung Aridinatha

Hari ini Harian Metro keluar kisah Fasha Sandha yang kini sedang sibuk menjalani pengambaran sebuah drama bersiri terbaru, Duyung Aridinatha.

Namun tidak ada akan sekeping pun gambar yang menunjukkan Fasha Sandha sebagai duyung yang bernama Cleo tersebut. Kegagalan besar.

Kami yang sentiasa tidak mengecewakan (perasan bagus), membawakan kepada anda gambar-gambar eksklusif Fasha Sandha dalam persalinan duyung.

Untuk makluman, gambar-gambar ini adalah gambar peribadi milik Fasha Sandha yang di’upload ke internet. Enjoice as usual bro! Teruskan Membaca

Kini Anda Boleh Katakan Hello Kepada Fasha Sandha Di Twitter

Jika anda masih belum ada akaun Twitter & anda merupakan kipas susah mati kepada Fasha Sandha, ini masa terbaik untuk daftar satu — kerana Fasha Sandha sekarang ada di’Twitter.

Fasha Sandha yang kita kenali dengan pelbagai gossip nakal & panas baru sahaja mendaftarkan diri di’Twitter awal bulan ini dan masih belum mempunyai ramai pengikut.

Selepas ini, lebih pantas Fasha Sandha boleh menangkis sebarang gossip dengan hanya melalui Twitter. Jangan pula selepas sebulan dua senyap tanpa updates.

Tunggu apa lagi? Ikuti Fasha Sandha di @NurFashaSandha & jangan lupa juga ikuti stream Twitter kami untuk gossip Fasha Sandha yang terkini, @RotiKaya.