TERBARU

(Klasik) Gambar Siti Nurhaliza Ketika Anak Dara Di Kuala Lipis

Oleh kerana hari ini selebriti kita baik baik belaka perangai merea tanpa menimbulkan gossip aneh, dan hampir seluruh rakyat Malaysia masih fokus kepasa isu laser, kita layan nostalgia mahu?

Gambar klasik Siti Nurhaliza ini di’hantar oleh Zura (@zuraxoxo) melalui e-mail dan di’fahamkan berada dalam simpanan beliau dalam bentuk hard copy.

Zura dengan gigih & penuh berusaha scan gambar ini untuk tatapan anda semua. Bukan senang mahu cari peminat hiburan yang mahu berkongsi material sebegini.

Gambar Siti Nurhaliza ini di’khabarkan di’ambil di hadapan rumah Siti Nurhaliza di Kuala Lipis ketika satu majlis yang tidak dapat di’pastikan.

Lagi gambar klasik Siti Nurhaliza ketika masih bergelar artis baru & anak dara selepas ini. Jangan lupa share dengan rakan rakan melaui Facebook & enjoice! Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti

Siti Nurhaliza Bakal Jadi Pengacara, Punya Rancangan Bual Bicara Sendiri?

Selepas sekian lama mengabdikan diri kepada dunia nyanyian yang berjaya membawa Siti Nurhaliza ke puncak populariti, penyanyi mahu beralih arah.

Tidak’lah 100% beralih arah, namun sumber yang menulis memberitahu Siti Nurhaliza bakal mencuba sesuatu yang baru dalam karier seni beliau.

Khabarnya, sekarang Siti Nurhaliza sedang menumpukan fokus beliau kepada sebuah rancangan bual bicara yang bakal menyaksikan penyani No.1 negara ini tampil sebagai pengacara.

Program TV yang masih belum jelas konsep’nya itu dikatakan masih lagi di’peringkat terlalu awal untuk di’dedahkan kepada masyarakat.

Jika benar Siti Nurhaliza bakal memiliki rancangan talkshow sendiri, kami sendiri teruja untuk melihat bagaimana Siti Nurhaliza buat pertama kali menjadi pengacara.

Apa pun yang Siti Nurhaliza lakukan untuk karier beliau, dengan tanpa ragu kami menyokong dengan penuh minat. Good luck!

News Selebriti

Selepas Enam Tahun, Siti Nurhaliza & Sharifah Aini Kembali Bersama

The title does not sound right at all. Don’t you think? Kembali bersama bunyi macam kekasih berpisah bersatu semula. Yeah, sort of.

Terima kasih kepada Huzz, editor majalah URTV yang menjayakan sessi fotografi epik ini yang menemukan dua selebriti yang pernah bertegang urat satu ketika dahulu.

Dalam sessi fotografi yang di’adakan baru-baru ini sempena menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, kedua-dua penyanyi lagenda Malaysia ini mengakui yang tiada dendam dalam hati masing-masing.

“Siti tak pernah berdendam atau simpan apa-apa perasaan selepas melalui semua ini dulu. Bila ia selesai, Siti pun anggap semuanya selesai dan memulakan semua yang baru,” kata Siti Nurhaliza.

“Kak Pah harap jangan ada pihak yang cuba melaga-lagakan dan mengeruhkan kejernihan yang ada ini. Kak Pah tak pernah simpan dendam dengan apa yang sudah berlaku,” kata Sharifah Aini pula.

Baguslah kalau begitu. Ada masa & kelapangan bolehlah adakan konsert mega bersama, siapa tahu. Lagi gambar selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca →

Gambar News Selebriti

Kuiz: Berapakah Harga Yang Bakal Siti Nurhaliza Bayar Untuk KCT 1?

Kredit Gambar: Jutaan Terima Kasih Tanpa Prejudis Buat Sahrudin Yusof.

Mungkin ketika ini ramai sudah tahu yang Siti Nurhaliza adalah salah seorang pembida untuk nombor plat kenderaan yang menjadi rebutan — KCT 1.

Walaupun pegawai JPJ memberitahu yang pemilik bertuah sudah di’ketahui tengah hari tadi, pemilik’nya pasti tidak akan dedahkan berapa jumlah wang yang di’laburkan.

Kami ada perasaan yang sangat kuat mengatakan Siti Nurhaliza bakal memiliki nombor plat ini oleh kerana pengaruh & ya, wang yang ibarat segunung emas.

Dan, Datuk K pasti’nya sedang memikirkan sebuah kereta baru khas untuk di’padankan bersama nombor plat tersebut. Jadi…

Berapakah Nilai Nombor Plat KCT 1 Buat Siti Nurhaliza?

View Results

Loading ... Loading ...
News Selebriti

Ouch! Kad Pengenalan Di Internet, Siti Nurhaliza Tidak Bayar Saman RM5000

Kami rasa sudah bertahun lama’nya imej kad pengenalan Siti Nurhaliza ini tersebar di’internet & ini termasuk maklumat daftar pengundi Siti Nurhaliza.

Seorang rakyat Malaysia yang bijak pandai telah menggunakan maklumat ini untuk mencari aib trafik penyanyi kesayangan ramai ini — hasilnya, 27 saman trafik.

Dengan menggunakan maklumat kad pengenalan yang ada, hamba Allah ini berjaya mendapatkan maklumat tentang saman trafik terhadap kereta-kereta milik Siti Nurhaliza yang berjumlah RM5,050.

Lebih menarik, individu tersebut di’katakan menyebarkan maklumat sulit ini di’internet dengan butir-butir terperinci.

Itulah nasib seorang selebriti terkenal seperti Siti Nurhaliza, segalanya mahu orang tahu. Jangan terkejut kalau stau hari nanti ada individu bocorkan laporan kesihatan Siti Nurhaliza.

News Selebriti