TERBARU

Siti Nurhaliza & Datuk K Sepakat Tidak Mahukan Anak, Buat Masa Ini

(Siti Nurhaliza beraya di Kuala Lipis baru-baru ini. Gambar oleh Gunx)

Jawapan kepada soal anak Siti Nurhaliza & Datuk K terjawab di’Indonesia.

Semalam, Siti Nurhaliza di’temui media Indonesia di Jakarta Selatan & ada bertanyakan tentang kesediaan untuk memiliki anak.

Siti Nurhaliza berkata anak rezeki aturan Allah & jika betul mahukan anak, Datuk K sudah pun mempunyai anak sendiri.

“Sekarang ini sebenarnya masih sibuk dengan karier masing-masing, kalau kerja sudah selesai, baru kami fikirkan tentang anak”, tambah Siti Nurhaliza yang berada di Indonesia atas jadual kerja.

Kami fikir, kalau mahu di’ikutkan kerjaya kedua-dua insan berjaya ini, pasangan ini akan single tanpa anak sendiri untuk jangkamasa yang lama.

News Selebriti

(Gambar) Fesyen Tudung Bunga Telur Datuk Siti Nurhaliza

Nama fesyen tudung ini kami reka sendiri. Dan, kami sebenarnya kurang pasti samada yang di’pakai Siti Nurhaliza ini tudung atau sekadar hiasan kepala?

Namun, hiasan ala fish-net di’hujung kepala itu mengingatkan kami kepada ikatan bunga telur yang biasa kita lihat di’rumah-rumah kenduri kahwin kampung.

Sekali nampak memang cantik tetapi jika direnung betul-betul fesyen Siti Nurhaliza hari ini, kami rasa ada baiknya tudung di’tolak ketepi buat sementara. Pakai biar ikhlas, Zainal Abidin kata.

Gambar Selebriti

(Gambar) Sekitar Konsert SATU Siti Nurhaliza di Istana Budaya

Konsert terbaru Siti Nurhaliza yang di’beri judul ‘Satu’ sedang berlangsung selama tiga hari di Istana Budaya di bawah arahan koreografer Pat Ibrahim.

Konsert yang di’gelar sebagai fashion show oleh media ini di’akui kebenarannya oleh Siti Nurhaliza sendiri ketika di’temui pihak media.

“Setiap kali konsert Siti memang fesyen ‘show’ kerana lagu-lagu saya ada genre tradisional, pop dan balada,” kata Siti Nurhaliza merujuk kepelbagaian irama dalam konsert beliau.

Lagi gambar-gambar sekitar konsert eksklusif ‘Satu’ selepas ini. Sumber berita dari mStar Online & gambar oleh Samuel Ong dari The Star. Teruskan Membaca →

Gambar News Selebriti

(Gambar) Manisnya Siti Nurhaliza Bertudung Penuh

tudung siti nurhaliza

Jarang-jarang penyanyi kesayangan ramai ini mahu bertudung penuh untuk tatapan peminat. Namun, inilah penampilan Datuk Siti Nurhaliza yang di’idam-idamkan oleh semua peminat.

Penampilan manis ini adalah bersempena dengan persembahan istimewa beliau dalam teater ‘Sirah Junjungan’. Lagi gambar selepas ini… Teruskan Membaca →

Selebriti