Dato’ Siti Nurhaliza Terima Beg Tangan Rm40,000 Sempena Hari Jadi

Baru sahaja kita bercerita tentang beg basahan Dato’ Siti Nurhaliza yang berharga ribuan ringgit.

Semalam, sempena hari lahir beliau yang ke 31, Datuk K dengan penuh kasih sayang menghadiahkan sebuah beg tangan keluaran Louis Vuitton (LV) berharga lebih RM40,000.

Jika anda masih ingat, pada tahun 2008 Siti Nurhaliza menerima hadiah kereta Mercedes Benz hitam bernilai RM800,000 di’ikuti dengan jam tangan Richard Mille berharga RM200,000 tahun lalu.

“Selain kasih sayang, saya menganggap hadiah pemberian suami ini berupa suatu kegembiraan,” kata Siti Nurhaliza sambil menunjukkan beg tersebut kepada media.

Selain beg tangan, Datuk K juga di’katakan telah membawa Siti Nurhaliza bercuti ke tiga lokasi percutian iaitu Barcelona, Dublin dan London Disember lalu selama dua minggu.

Jika di’hitung kasar, tiga tahun sahaja, sudah lebih RM1 juta Datuk K habiskan buat hadiah hari jadi Siti Nurhaliza.

Beg Ini Saya Pakai Untuk Basahan Sahaja – Dato’ Siti Nurhaliza

Siapa yang menonton rancangan Fuhh! beberapa hari lepas pasti perasan akan kelibat Dato’ Siti Nurhaliza yang di’selongkar isi beg’nya.

Tanpa perasan yang was-was, Siti Nurhaliza terus menunjukkan beg yang beliau bawa & berkata dengan manja’nya,”beg ni Siti pakai untuk basahan je..”

Menurut sumber individu yang arif tentang dunia fesyen, beg yang di’pakai sebagai ‘basahan’ oleh Siti Nurhaliza itu adalah dari barisan jenama mewah Chanel.

Lebih spesifik, ia berada dalam keluarga Rue Cambon yang mengambil nama sempena tempat tinggal (apartment) pemiliknya iaitu Coco Chanel.

Ramai sedia maklum barisan beg keluaran Chanel bukan alang-alang harga yang perlu di’bayar.

Mungkin untuk bintang besar seperti Dato’ Siti Nurhaliza, tiada masalah untuk beliau jadikan beg mewah ini sebagai beg basahan.

Pakar fesyen ini juga sering berkata seseorang yang mula meminati barangan Chanel menampakkan yang beliau sudah berusia – “Chanel is only for the old”