Nora Danish Enggan Komen Isu Perkahwinan Bekas Suami, Nafi Kini Sedang Bercinta

Agak susah untuk kami bertemu mata dengan aktress comel Nora Danish dek kerana beliau sendiri lebih sibuk dengan kerjaya.

Berkata kepada wartawan ketika menghadiri majlis anugerah PPMH 2011/12, Nora Danish kini sedang sibuk dengan drama & beberapa tawaran filem yang ada.

Tidak boleh lari dari soalan yang berbaur peribadi, Nora Danish di’ajukan soalan akan isu kahwin Rizal Ashram dan Fasha Sandha yang kembali hangat.

Pantas Nora Danish menjawab yang beliau tidak mahu berikan apa apa komen berkaitan isu perkahwinan mereka dan juga tidak mampu memberikan jawapan sama ada akan hadir ke majlis perkahwinan mereka jika di’jemput.  Teruskan Membaca

2010: Nora Danish Pasang Impian Buka Restoran Ala Delifrance

Kami suka selebriti yang tidak bergantung kepada bidang seni semata-mata. Masa depan yang lebih jauh perlu di’fikirkan juga.

Seperti Nora Danish, beliau ada memasang impian untuk membuka sebuah restoran ala Delicious sebagai jaminan masa hadapan beliau & anak.

Dalam temubual bersama Gua.com.my itu juga Nora Danish, beliau meluahkan rasa kecewa beliau dengan persepsi masyarakat Malaysia terhadap mereka yang berstatus janda.

“Sepatutnya masyarakat memandang tinggi kerana pengorbanan kami, perlu menyara keluarga dan membesar anak sendirian”

“Mereka sepatutnya menghormati, sebaliknya kami ditakuti golongan wanita lain yang bergelar isteri, kerana kononnya kami lebih berpengalaman”

Gambar di’atas pula menunjukkan Nora Danish bersama Farid Kamil ketika pengambaran sebuah telemovie terbaru mereka bertajuk ‘Cuti Cuti Cinta’.

Pengambaran telemovie ini di’lakukan di’sebuah perkampungan nelayan & tiada maklumat lanjut tentang tarikh tayangan yang kami ada.

(Gossip) Nora Danish Bersama Jejaka Ke KLCC Mencari Perfume

Ingat lagi beberapa hari lalu, ada kami siarkan foto tentang seorang jejaka yang di’dakwa kekasih baru Nora Danish.

Ini perkembangan terbaru, seorang peminat melaporkan yang beliau terserempak dengan pasangan ini di KLCC.

Peminat ini juga memberitahu yang Nora Danish nampak biasa sahaja di’samping jejaka tersebut tetapi kelihatan mesra apabila mencuba minyak wangi di satu outlet di KLCC.

Nora Danish di’lihat memegang & mencium tangan jejaka tersebut beberapa kali — untuk menhidu bau wangi perfume.

Entah betul atau tidak, nampaknya kisah cinta Nora Danish sudah bermula. Tunggu masa sahaja Nora Danish tampil memberi kenyataan rasmi.