Jimmy Shanley: Nursuhaila Masih Kaki Judi, Tabiat Buruk Masih Melekat

Dan semuanya akan terbogel satu per satu di’mahkamah sekarang. Kes tuntutan nusyuz Jimmy Shanley sedang berlangsung.

Semalam Jimmy Shanley mendedahkan yang isteri beliau, Nursuhaila Eliani Suhaimy merupakan seorang kaki judi walau pun pernah berjanji untuk berubah selepas kahwin.

Menurut Jimmy Shanley, ada satu kejadian pada hari ulangtahun kelahiran ayah Nursuhaila sendiri yang mana membuatkan lelaki ini berang dengan sikap Nursuhaila.

Nursuhaila sepatutnya membeli kek hari jadi dan membawa pulang ke rumah sebagai kejutan namun isteri beliau lewat pulang ke rumah — tanpa kek — dan apabila di’tanya mengaku yang beliau sebenarnya pergi berjudi kerana tertekan. Teruskan Membaca

Jimmy Shanley Bawa Diri Dan Sambut Aidilfitri Di Kota Mekah

Belum berkesudahan kisah rumahtangga Jimmy Shanley dan kedua-dua belah pihak masih belum mengalah.

Dalam kenyataan terbaru kepada GUA, Jimmy Shanley akan menghabiskan Ramadhan & menyambut Aidilfitri di Kota Mekah.

Bertolak 23 Ogos yang lalu, Jimmy Shanley masih berharap ada sinar dalam kemelut rumahtangga beliau & isterinya.

“Saya berharap dapatlah menjalani ibadah puasa ini bersama keluarga dan anak di sisi. Saya hanya merancang, namun semuanya akan ditentukan Allah,” ujar Jimmy Shanley.

Jika anda perasaan, sejak kemelut rumahtangga beliau bermula, Jimmy Shanley sering mengetengahkan soal agama ketika bercakap kepada pihak media.

Termasuk temubual yang terakhir, Jimmy Shanley mengingatkan umat Islam tentang perkara wajib dahulu dalam Ramadhan dan tidak mementingkan yang sunat.

Punca Sebenar Jimmy Shanley Tidak Hadir Majlis Cukur Jambul

Ini entri pertama kami rasanya berkaitan masalah rumahtangga Jimmy Shanley & (masih) isterinya, Nursuhaila Eliani.

Mengambil semangat Melayu, yeah, menjaga tepi kain orang.

Apa yang kami ada adalah sedikit informasi tentang sebab sebenar Jimmy Shanley tidak dapat hadir ke majlis cukur jambul anak beliau, Zahrah Shanley.

Menurut screenshot dari Facebook yang di’bekalkan oleh spy awam di Forum Cari, kedatangan Jimmy Shanley memang tidak di’alu-alukan keluarga Suhaila. Teruskan Membaca

Rumahtangga Pengantin Baru Jimmy Shanley & Nursuhaila Kini Bergolak?

Sebelum mereka mendirikan rumahtangga pun, sudah ada cakap cakap orang terdekat yang mengatakan pasangan ini bermasalah.

Jimmy Shanley di’katakan sebelum ini seorang yang kaki kikis & hampir-hampir perkahwinan beliau dengan Nursuhaila tidak menjadi kenyataan.

Jimmy Shanley yang dihubungi Sinar Harian semalam ternyata tidak menyangkal rumah tangganya sedang bergelora, namun menafikan isterinya meninggalkan rumah seperti yang di’dakwa.

Menurut gossip ketika masih bertunang, ibu Nursuhaila yang juga pengasas produk kecantikan Nastasya, Datin Muniroh Kasim yang beriya-iya mahu bermenantukan jejaka ini.

Jimmy Shanley dalam temubual itu juga mengakui yang beliau tiada masalah dengan keluarga mentua & boleh keluar bersama seperti biasa.

(Gossip) Jimmy Shanley Mula Lupa Diri & Tunang Sendiri Selepas Popular?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Baru sahaja di’nobatkan sebagai pengacara bersama Akademi Fantasia 8, sudah keluar gossip yang kurang enak. Nasib badan.

Jimmy Shanley yang hari ini semakin popular sebagai pengacara di’katakan bukan sahaja mula lupa diri, malah lupa akan siapa tunang beliau.

Seorang peminat hiburan yang mengaku sebagai teman rapat kepada tunang Jimmy Shanley menceritakan bagaimana selebriti berwajah ‘jambu’ ini curang dengan wanita lain.

Jimmy Shanley tidak berapa dahulu pernah di’katakan sudah bertunang tetapi Jimmy tetap berdiam diri akan hal ini.

Menurut sumber, Jimmy Shanley merahsiakan status pertunangan beliau atas dasar mahu menjaga populariti & saham sebagai seorang selebriti popular.

Dalam masa yang sama, Jimmy Shanley di’katakan sedang berpacaran dengan seorang wanita lain & boleh di’katakan mereka berjumpa hampir setiap hari.

Lebih menarik, tunang Jimmy Shanley di’katakan tahu akan kegiatan sandiwara ini namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana perasaan yang yang terlalu kuat.

Kepada tunang Jimmy Shanley, jika benar perkara ini terjadi, ada baiknya awak undurkan diri. Buat sakit hati & perasaan sendiri sahaja. Editor kami masih solo, mahu?