Gambar: Fasha Sandha Sekitar Sidang Media ABPBH & Nafi Bernikah Di Thailand

Rasa’nya ketika ini semua sudah sedia maklum tentang selebriti mana yang tersenarai dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 (#ABPBH25).

Salah seorang selebriti yang boleh di’katakan menjadi tumpuan media petang semalam adalah Fasha Sandha yang tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Paling Popular untuk kali ini.

Fasha Sandha pernah memenangi kategori tersebut pada tahun 2005, 2006, dan terbaru 2010.

Sempat bertemu sekejap dengan Fasha Sandha kami ajukan satu soalan tentang gossip yang mengatakan beliau sudah bernikah di Thailand bersama kekasih beliau kini, Rizal Ashram (Jejai). Dan, Fasha Sandha lantas menafikan perkara tersebut.

Menurut Fasha Sandha, beliau tidak faham bagaimana gossip sebegitu boleh timbul sedangkan beliau sudah beritahu media jika sampai masa’nya, segala yang perlu peminat tahu akan di’dedahkan.  Teruskan Membaca

Gambar: Fasha Sandha Hiasi Indah Majalah GLAM Edisi November 2011

Di’tengah tengah kemelut isu pengakuan bercinta antara Johan Asari & Izreen Azminda, seorang watak kelihatan berdiam diri tanpas suara. Kami puji.

Walaupun nama Fasha Sandha berkali kali di’kaitkan dengan hubungan kontroversi Johan Asari & Izreen Azminda, aktress hangat ini terus mendiamkan diri dari memberikan apa apa kenyataan.

Elok juga untuk semua pihak jika Fasha Sandha berbuat demikian dan sebenarnya lebih positif impaknya buat Fasha Sandha sendiri yang kami tahu sudah masak dengan kontroversi anak anak muda dalam dunia hiburan hari ini.

Senyap senyap sahaja, Fasha Sandha bakal muncul sebagai penghias muka hadapan khas untuk majalah GLAM bertemakan perkahwinan.

Fasha Sandha melalui laman Facebook rasmi beliau berkongsi tiga imej yang kami kira sebagai tiga edisi khas majalah GLAM dengan Fasha Sandha sebagai cover girl. Tidak kami pandai untuk komen berkaitan fesyen. Teruskan Membaca

Fasha Sandha Bersuara: Nora Danish Taknak Tegur, Saya Tak Kisah

Akhirnya, pihak ketiga yang nampak seperti pihak kedua dalam kancah penarikan diri Nora Danish dari set Spa Qistina mula bersuara.

Walaupun Fasha Sandha secara teknikalnya tidak ada kena mengena dengan masalah Nora Danish, namun respons dari mulut beliau memang di’nanti-nanti.

“Industri hiburan ini kecil saja. Terpulang kepada dia (Nora Danish) kalau tak mahu tegur,” kata Fasha Sandha kepada Berita Harian hari ini.

Fasha Sandha memaklumkan yang beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk berlakon bersama Nora Danish. Beliau pun sudah sedia maklum yang akan ada kemungkinan bertembung dengan jadual Nora Danish.

Kami nampak dalam hal ini, Fasha Sandha nampak lebih professional dalam hal kerja berbanding Nora Danish yang membawa emosi ke lokasi.

Kami sedar yang Fasha Sandha memang ada sejarah hitam sehinggakan Qabil Ambak pun fikir dua kali untuk berumahtangga dengan beliau, namun dalam soal kerja & mencari rezeki, emosi sebegitu perlu di’tolak ketepi.

Satu soalan, adakah Fasha Sandha senyap kerana memang dia berdiam diri atau media cetak maish memboikot Fasha Sandha?