TERBARU

(Gambar) Sekumpulan Wanita Seksi Malaya, Juara’nya Aleeza Kassim

Aleeza Kassim, jika tidak muncul dengan persalinan yang menyeksa jiwa raga lelaki, tidak sah.

Kali ini, Aleeza Kassim muncul seksi dengan hanya sehelai kain lace sebagai penutup dada wanitanya.

Ada masanya, kami naik keliru dengan imej Aleeza Kassim yang lebih Hollywood dari artis Hollywood sendiri.

Lagi gambar wanita-wanita seksi seMalaya selepas ini. Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti

(Gambar) Nikki Terasa Lebih Cantik Selepas Kahwin Audi Mok

(Sumber Gambar & Berita: mStar Online)

Nikki nampak lebih kurus berbanding sebelum kahwin. Sekurang-kurangnya itulah pemerhatian kami melalui gambar.

Nikki yang berkahwin dengan komposer terkenal Audi Mok mengakui kini sedang berbahagia dengan perkahwinan beliau.

Menyokong kenyataan yang cantik itu subjektif, Nikki turut mengakui yang beliau merasa dirinya lebih cantik selepas kahwin kerana lebih di’hargai sebagai wanita.

“He is my best friend. Kalau ada masa terluang Nikki suka main permainan komputer atau pergi ke gym.”

Tidak hairanlah tubuh Nikki semakin langsing hari ini. Harap Nikki boleh kekalkan tubuh sihat seperti sekarang.

News Selebriti

Azwan Ali Mahu Berkahwin? Gadis Pilihan Sesuci Wajah Siti Nurhaliza

Semakin menarik kisah Azwan Ali semenjak pulang dari menunaikan umrah.

Terbaru, Azwan Ali ada memberitahu media yang kini beliau dalam proses menurunkan berat badan untuk satu majlis istimewa.

Mendakwa menerima ‘lamaran’ dari seseorang, Azwan Ali tidak menolak kemungkinan untuk berkahwin tidak lama lagi.

Azwan Ali yang kini memiliki berat 81 kg mengidamkan berat ideal 65 kg supaya beliau nampak lebih menarik pada hari istimewa itu nanti.

Gym menjadi destinasi utama selebriti penuh kontroversi ini & mendakwa akan tampil dengan imej baru sebelum 25 Disember.

“Kalau saya berkahwin, pencarian saya adalah gadis sesuci wajah Datuk Siti Nurhaliza,” jelas Azwan yang pernah putus cinta satu ketika dulu.

News Selebriti

Yassin (Senario) Merajuk Dengan Dunia Seni: Mula Jual Baja

Ah lama bukan kita tidak dengar cerita pelawak kontroversi ini.

Yassin Bin Yahya atau lebih di’kenali dengan nama Yassin Senario kini di’katakan merajuk dengan dunia seni lakonan Malaysia.

Yassin mendakwa yang beliau sering menerima skrip lakonan yang tidak bermutu & beliau lebih rela melakukan pekerjaan lain.

Filem terakhir beliau yang ke layar adalah Duyung sekitar tahun 2008 dahulu & tahun 2010 di’katakan ada dua filem lakonan beliau akan muncul di’panggung.

Yassin kini berkata beliau lebih selesa mengusahakan perniagaan keluarganya iaitu menjual baja untuk tanaman — Secretani.

Melihat kepada laman web rasmi Secretani, memang family Yassin ada sense of business yang tinggi. Kami berminat mahu beli sebotol.

News Selebriti

Wan Sharmila Kembali Single, Akui Sudah Bercerai Bulan Lalu

Wan Sharmila memang sentiasa akan ada kejutan jika melibatkan hal peribadi.

Jika sebelum ini, awal perkenalan Wan Sharmila dengan peminat seni, kita di’kejutkan dengan berita gadis genit ini sebenarnya sudah berkahwin & kita hanya mampu menatap gambar perkahwinan mereka.

Namun hari ini, satu lagi kejutan di’buat dengan mengumumkan perkahwinan beliau dengan pemilik Radius One, Fazli Baharom menemui jalan akhir.

Mengakui yang mereka telah bercerai hampir sebulan lalu, Wan Sharmila berharap peminat faham akan situasi beliau.

“Saya mengaku sudah berpisah, tetapi saya minta maaf kerana tidak mahu berkongsi masalah rumah tangga kami dengan khalayak. Saya harap mereka memahami saya,” kata beliau kepada media.

Wan Sharmila yang sering di’sangka berumur lingkungan 22 tahun ini sebenarnya wanita yang hampir mencecah 30 tahun tidak lama lagi. Pada umur 28 tahun kini, Wan Sharmila perlu kuat memegang status janda.

News Selebriti