TERBARU

Sazzy Falak vs. Dira Abu Zahar: Undi Sehati Berdansa Jadi Isu di Facebook

Ini sesuatu yang baru dan terima kasih kepada Facebook & kecanggihan teknologi hari ini. Seorang wartawan awam di Cari.com.my berjaya menyelongkar Facebook Sazzy Falak & Dira Abu Zahar untuk mendapatkan scoop eksklusif ini.

Dalam kedua-dua akaun mereka, ada tulisan yang menunjukkan ketidakpuashatian masing-masing terhadap undian dalam program Sehati Berdansa.

Menurut status Facebook Sazzy Falak, ada peserta yang beriya-iya mengeluarkan duit untuk mengundi diri sendiri & ada peminat mengatakan yang status itu di’tujukan buat Dira Abu Zahar.

Teruskan Membaca →

Gossip Selebriti

Kegagalan Epik Percintaan Fahrin Ahmad Bakal Berulang?

Satu musim yang lepas, ketika inilah Fahrin Ahmad dan Linda Onn di’sebut sebagai pengacara bersama Sehati Berdansa musim kedua.

Atas dasar profesional, mereka berdua terima dengan hati terbuka & menjalankan tugas dengan penuh ‘hipokrit’ sehingga menimbulkan perasaan kurang senang penonton Sehati Berdansa.

Tahun ini, sekali lagi giliran Fahrin Ahmad di’pilih sebagai pengacara & pasangan’nya sekali lagi seorang yang turut di’gossipkan terlibat dalam kancah percintaan Fahrin — Scha al-Yahya.

Menariknya, beberapa sumber yang berkaliber dalam dunia hiburan telah menulis perihal yang kurang senang akan pasangan yang di’katakan bercinta ini.

Scha al-Yahya di’katakan tidak mahu berbicara tentang Fahrin Ahmad & nekadnya niat Scha itu sehingga ia menjadi salah satu azam untuk tahun 2010.

Satu lagi sumber menyatakan yang mereka sebenarnya sudah putus sebelum sidang akhbar Sehati Berdansa Musim ke-3 baru-baru ini.

Scha al-Yahya di’katakan tidak bersedia untuk memberikan komitmen buat Fahrin Ahmad kerana ingin mengejar cita-cita dalam dunia seni.

Minta di’jauhkan, tetapi jika perhubungan Scha al-Yahya & Fahrin Ahmad menemui jalan buntu selepas program Sehati Berdansa nanti, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan diri Fahrin Ahmad.

Dan, ini juga akan menimbulkan pertanyaan, adakah setiap percintaan yang melibatkan Fahrin Ahmad akan berakhir dengan kegagalan?

News Selebriti