Gossip: Lagi Pasangan Sehati Berdansa Bakal Bercerai? Badi Masih Ada?

Bukan minat kami untuk menulis perkataan badi di’atas namun situasi yang terjadi kepada pasangan pasangan Sehati Berdansa yang sudah tidak bersama seperti mengiyakan fenomena ini. Wallahu’alam.

Terbaru, terdengar dari sumber media yang sama meramalkan beberapa penceraian sensasi sebelum ini, satu lagi pasangan Sehati Berdansa bakal menjalani laluan hidup berbeza.

Menurut sumber ini, pasangan ini adalah peserta Sehati Berdansa musim kedua dan atas sebab yang sama kami paparkan gambar semua pasangan yang ada sebagai rujukan. Jangan buat andaian bukan bukan.

Sang suami di’katakan mula mengabaikan anak anak mereka yang masih kecil & sering memberi alasan bekerja di’luar daerah ketika tidak pulang ke rumah tanpa dapat di’kesan.

Si isteri yang sudah lama tidak muncul dengan album, drama atau filem di’katakan kembali ke bidang seni setelah berehat seketika semenjak berkahwin dengan sang suami atas dasar cinta.

Syukur bakar si isteri masih di’hargai peminat dunia seni dan kini nekad untuk meninggalkan sang suami demi sebuah kehidupan yang baru.

Kerana Badi Peserta Bercerai, Sehati Berdansa Bakal Ditamatkan?

Sehati Berdansa pada hemat kami adalah satu-satunya program realiti televisyen yang berjaya mempengaruhi kehidupan peserta & pengacaranya di’luar program.

Dengan kisah cinta pengacara yang tidak kesampaian dua musim berturut-turut & kisah penceraian beberapa pasangan yang turut serta — Sehati Berdansa di’katakan bakal tinggal sejarah.

Namun, sebagai manusia yang hidup penuh rasional & logik, mungkin semua itu hanya kebetulan namun khabar program kegemaran ramai ini bakal berkubur bagai 99% benar.

Astro di’katakan sedang merancang sebuah program realiti yang berkonsep serupa tetapi kali ini menampilkan orang awam sebagai peserta.

Maka akan ada nanti sesi ujibakat untuk orang ramai menyertai program Sehati Berdansa versi biasa. Kepada yang gemar menari, start your music & practice your move now.