TERBARU

Hero Nur Kasih, Remy Ishak Kena Belasah Di Luar Istana Budaya

Seorang pelakon popular, Remy Ishak cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan kira-kira tujuh lelaki di perkarangan Istana Budaya (IB) di sini malam kelmarin.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 27, yang memegang watak Mansur Adabi dalam teater Natrah dipercayai diserang kumpulan lelaki terbabit ketika dia berehat di sebuah bilik selepas sesi pertama pementasan teater tersebut.

Berikutan kejadian, dia yang turut membintangi drama bersiri popular Nur Kasih mengalami cedera di kaki dan kepala.

Menurut sumber, mangsa pada mulanya diekori oleh lelaki terbabit sehingga ke bilik persalinan sebelum dikepung di satu penjuru bilik tersebut.

“Lima daripada lelaki terbabit telah mengepung mangsa manakala dua lagi bertindak dengan memukul beliau. Mangsa mengalami bengkak di muka dan kaki selepas dibelasah,” kata sumber tersebut.

Kami berharap yang motif serangan ini dapat cepat kita ketahui kerana jarang-jarang selebriti kena belasah sebegini.

Samada bermotifkan kewangan ataupun cemburu, harap Remy Ishak cepat sembuh & tampil menceritakan keadaan sebenar.

News Selebriti

Jue Aziz Akui Rapat Dengan Remy Ishak: Curah Ilmu Automotif

Bahagian curah ilmu automotif itu bukan dari Remy Ishak, tetapi Jue Aziz sendiri mencurah ilmu ke Remy Ishak.

Jue Aziz ada mengakui yang beliau pernah menemani Remy Ishak ke kedai kereta & memberi idea tentang pemilihan sport rim kerana Jue sendiri ada sedikit ilmu berkaitan kereta.

Jue Aziz yang sudah lebih 2 tahun putus cinta dengan Jehan Miskin kini mengakui rapat dengan Remy Ishak tetapi masih sebagai kawan.

Perkembangan karier Jue Aziz juga agak menarik. Selepas melakonkan banyak watak penggoda dalam drama, kini Jue mengangkat sikit watak yang di’lakonkan dengan menjadi GRO.

Sebarang perkembangan hubungan Jue Aziz & Remy Ishak akan di’ikuti rapat oleh kami. Maklumlah, orang kata Jue Aziz ini playgirl orangnya.

News Selebriti

Trailer Filem Duhai Si Pari-Pari & Soundtrack Mirip ‘My Happy Ending’

‘Aku Tak Percaya Cinta’ sebelum ini di’katakan menciplak melodi lagu ‘Girlfriend’ milik Avril Lavigne.

Menonton trailer filem terbaru lakonan Liyana Jasmay ini, kami perasan ada lagu yang intro’nya sangat mirip dengan satu lagi lagu Avril Lavigne, My Happy Ending.

Dengarkan pada saat ke 30. Kami tidak tahu apa judul lagu ini & adakah Liyana Jasmay pemilik suara tersebut kerana tiada info tepat.

Berkenaan filem Duhai Si Pari Pari ini, ia di’arahkan oleh Azmi Mohd Hatta & mengangkat genre komedi romantik khayalan.

Duhai Si Pari Pari di’bintangi oleh Que Haidar, Liyana Jasmay, Nabila Huda, Remy Ishak, Harun Salim Bachik. Turut di’bintangi oleh Datuk Aziz Satar, Zizan Raja Lawak, Farid Kamil, Hans Isaac & Din Beramboi.

Filem ini akan menemui penonton pada 31 Disember 2009. Trailer Duhai Si Pari Pari selepas ini… Teruskan Membaca →

News Video