Fara Fauzana Bakal Bawa Kehidupan Peribadi Ke TV ala Kimora Lee

Boleh tahan kau Fara Fauzana, tidak cukup dengan popular, sekarang mahu program realiti TV sendiri.

Bercakap kepada pihak Murai baru baru ini, Fara Fauzana mengakui beliau sedang dalam proses awal untuk menerbitkan program realiti TV sendiri.

Fara Fauzana menjelaskan yang program realiti TV beliau nanti akan mempunyai konsep yang serupa dengan sebuah program yang popular di Amerika Syarikat, Kimora: Life in the Fab Lane.

“Memandangkan program ini adalah terbitan saya sendiri, maka saya sendiri yang akan mengeluarkan bajet. Mungkin tidak 100%, mungkin separuhnya akan dikeluarkan dari pihak penaja,” jelas Fara Fauzana.

Beliau turut mengatakan yang program realiti TV peribadi beliau ini akan bersiaran sebanyak 13 episod di saluran televisyen yang masih belum di’putuskan lagi.

Fara Fauzana sebenarnya rajin mengutus rakaman video di blog rasmi beliau & jika anda tidak pernah mendengar program realiti TV bernama Kimora: Life in the Fab Lane, tonton sedutan selepas ini. Teruskan Membaca

ZOMG! Kita Akan Ada Realiti TV Untuk Pencarian Imam Muda

Oksigen. Oksigen. Kami perlukan oksigen. Televisyen kita sudah penuh dengan realiti TV yang bukan-bukan, cukuplah. Oksigen.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar baru-baru ini mengumumkan yang Astro Oasis akan menerbitkan sebuah realiti TV baru untuk 2010.

Realiti TV yang berkonsep mencari imam dari kalangan orang muda dengan menitikberatkan aspek pengetahuan mendalam dalam agama Islam & kebolehan untuk memimpin.

Ujibakat program realiti TV terbaru ini akan bermula Januari depan & kemahiran berbahasa Inggeris juga penting untuk di’ketengahkan.

Mereka yang berkelayakan & mempunyai perwatakan menarik di’galakkan hadir untuk sessi ujibakat & menyertai program realiti TV terbaru ini.

Izelan mendakwa program realiti TV ini tidak akan bersifat komersial semata-mata, tetapi sebagai tanggungjawab sosial mengangkat pemimpin dari golongan muda.

Orang Ekonomi Bersuara: Hentikan Program Realiti TV, Membazir!

Lama sudah sebenarnya kami teringin nak dengar orang dari latarbelakang ekonomi bercakap tentang habit orang Malaysia yang gemarkan program realiti TV.

Hari ini, hero kami, Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Abu Samah Shabudin bersuara.

Menurut beliau, segala program TV yang berunsurkan undi dari penonton melalui SMS perlu dihentikan segera kerana menggalakkan pembaziran.

“Pada saya program seperti ini menjurus kepada pembaziran kerana ibu bapa terpaksa menambah nilai kad prabayar telefon bimbit bagi membolehkan anak-anak mereka turut serta. Keadaan seperti ini perlu dihentikan”

Kami rasa pun sudah sampai masa orang Malaysia lebih sayangkan duit dari bakat baru yang belum tentu ke’mana.

Duit zaman sekarang bukan senang hendak di’cari. Tapi, mintalah sesiapa pun untuk belanjakan, RM1 juta pun boleh rata dalam 24 jam.