TERBARU

(Gambar) Lisa Surihani Sebagai Cover Girl Cosmopolitan Januari 2011

Lisa Surihani. Ermm. Bercakap tentang gelaran drama queen yang beliau terima dari peminat. Ermm. Ini cover suprise, Lisa Surihani tidak tahu beliau bakal menghiasi majalah penuh trendy ini.

Dapatkan naskah terbaru Cosmopolitan edisi Januari 2010, termasuk gambar Lisa Surihani dengan harga RM 5.50. Dear God, she’s awesome!

P/S: Kepada semua, jumpa anda di PWTC malam nanti untuk Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010). Jam 6.30 petang, kami akan berada di Starbucks, The Mall untuk edisi minum minum. Jom!

Gambar Selebriti

(Gambar) Lisa Surihani Berbaju Kurung Biasa, Ayu Bagai Lisa Surihani

Itu dia tajuk entri bercirikan infinity loop. Lisa Surihani nampak comel seperti Lisa Surihani. Dan, kami sekarang berada di Krabi, Thailand.

Oleh kerana kami sedikit penat hampir setengah hari berjalan, kami paparkan tajuk ringan sahaja buat tatapan pembaca yang di’cintai semua. Ewah.

Berikut adalah gambar-gambar ringan Lisa Surihani ketika menghadiri sebuah majlis rasmi dua bulan lalu & penampilan ringkas Lisa Surihani memang melambangkan diri beliau yang sebenar.

Bila ada pihak yang cuba mengapi-apikan isu ‘gila babi’ minggu lepas, nampak lebih 1,000,000 peminat Lisa Surihani berdiri teguh & isu tidak menjejaskan apa-apa sekali pun.

Gambar Lisa Surihani manis berbaju kurung selepas ini. Enjoice! Kami mahu keluar layan Thai massage. Yay. Teruskan Membaca →

Gambar News Selebriti

(Gambar) Lokasi Makanan Tengah Hari Kegemaran Lisa Surihani

Lumpuh jadinya operasi sebuah blog gossip kalau dalam masa 24 jam tiada selebriti yang berani buat perkara pelik-pelik. Mahu tulis kisah pencerai & dadah, terlalu common rasanya.

Hari ini, kita bawakan lokasi jalan jalan cari makan kegemaran selebriti kesayangan ramai ini, Lisa Surihani.

Awal hari ini, Lisa Surihani ada menghantarkan sekeping gambar satu lokasi jualan makanan yang menjadi kegemaran beliau.

Kami terus berminat untuk pukul canang satu Malaysia supaya pergi ke gerai makcik Yatte (menurut Lisa Surihani).

Gerai kegemaran Lisa Surihani ini di’katakan terletak di Desa Pandan & lokasi yang lebih spesifik adalah berhadapan restoran McDonalds.

Kepada sesiapa yang mahu merasa makanan terbaik mengikut selera Lisa Surihani, bolehlah berkunjung ke gerai tersebut. Atau, sekadar mahu terserempak dengan Lisa Surihani.

Gambar Selebriti

Letih Dengan Tawaran Berlakon: Lisa Surihani ‘direhatkan’ Seketika

Begitulah kalau seseorang pelakon itu popular, memang tidak menang tangan untuk memenuhi semua tawaran yang ada. Bak kata orang tua, rezeki jangan di’tolak.

Seperti si cantik manis Lisa Surihani, sejak menceburkan diri dalam dunia lakonan, memang tidak putus tawaran yang datang sehingga ada yang perasan badan Lisa yang semakin susut.

Penerbit & juga pemilik syarikat Metrowealth, David Teo yang dikatakan prihatin meminta Lisa Surihani untuk berehat seketika dari berlakon. Maklumlah, Lisa Surihani ‘kan aset penting untuk filem-filem Metrowealth.

News Selebriti