Artis Senior Melenting, Hot FM Hentikan Segmen Panggilan Hangit Selamanya?

Persoalan sama ada segmen yang menjadi kegemaran ramai ini akan di’tutup selamanya atau hanya sementara sudah terjawab pagi tadi melalui radio.

Dalam satu pengumuman ringkas menerusi Hot FM, AM Krew yang membariskan Faisal Ismail, Fara Fauzana, Usop Wilcha dan AG memberitahu segmen Panggilan Hangit kini hanya kenangan.

Pihak pengurusan di’khabarkan telah mengambil keputusan untuk memberhentikan segmen ini buat selamanya dan peminat Hot FM yang selama ini setia menanti di hadapan radio setiap pagi akan kecewa bermula hari ini.

Walaupun tidak menyatakan apa sebab sebenar penutupan segmen Panggilan Hangit ini, kami menerima satu dakwaan liar yang berkata ia’nya berpunca dari insiden seorang artis senior yang melenting.  Teruskan Membaca

Hot FM Twisties Bingit Bakal Berpindah Ke Layar Televisyen

Dalam pada ada gesaan dari pakar ekonomi untuk menghentikan program realiti, kini muncul program baru.

Hot FM Twisties Bingit bukanlah satu program realiti baru kepada mereka yang mendengar radio Hot FM. Cuma kali ini, tarafnya di’angkat ke layar televisyen.

Ramai mula mempersoalkan keperluan program realiti hiburan selepas lambakan artis yang wujud dalam industri seni tanah air.

Penambahan band-band bebas yang bersaing dalam Hot FM Twisties Bingit ini akan menambahkan bilangan artis yang wujud, tetapi belum tentu masa hadapan’nya.

Hot FM Twisties Bingit boleh kami katakan Akademi Fantasia versi berkumpulan kerana berjaya menarik minat ramai anak muda (bersama band masing-masing) untuk mencuba nasib.

Program realiti ini akan di’tayangkan di 8TV dan pemenang utama akan membawa pulang hadiah bernilai RM80,000 beserta kontrak rakaman dengan Monkey Bone.