(Gambar) Ketat Sangat Seluar Jeans Awak Datuk Siti Nurhaliza

Gambar ini di’ambil ketika Siti Nurhaliza menghadiri satu acara yang turut di’hadiri oleh Kris Dayanti & Qabil Ambak.

Majlis sosial ini adalah sempena menyambut hari lahir Puan Seri Kamelia yang bertempat di Carcosa Seri Negara.

Puan Seri Kamelia merupakan antara orang terpenting yang menjayakan Konsert SATU Siti Nurhaliza tidak lama dahulu.

Yang menjadi bahan bualan sehingga hari ini adalah gaya pemakaian Siti Nurhaliza yang semakin hilang tudung‘nya saban hari.

Lagi gambar Siti Nurhaliza, Kris Dayanti & lelaki pujaan Fasha Sandha, Qabil Ambak selepas ini. Teruskan Membaca

Fasha Sandha Bakal Berlakon Bersama Nora Danish Dalam Spa Q 3

Setiap media sepanjang minggu ini ada menyebut tentang pengumuman kahwin Fasha Sandha yang tidak kunjung tiba, seperti biasa alasan’nya, belum bersedia.

Aku takut Fasha Sandha yang beriya-iya mahu berkahwin tetapi sang lelaki masih ragu atau memang tidak mahu.

Maklumlah reputasi Fasha Sandha di’kalangan media kurang baik, siapa mahu terasa tempias ‘kan?

Berbalik kepada tajuk, laporan Harian Metro hari ini mengesahkan yang Fasha Sandha akan berlakon bersama Nora Danish dalam musim terbaru Spa Q.

Pengambaran Spa Q 3 yang akan bermula 15 Oktober ini akan menampil Fasha Sandha sebagai Freeda yang menurut Fasha sebuah watak yang antagonis.

“Saya difahamkan musim terbaru Spa Q ini turut menampilkan Nora Danish dan seperti pernah dinyatakan Nora dan saya sebelum ini kami tiada masalah bekerjasama,” ulas Fasha Sandha tentang kehadiran Nora Danish dalam drama ini.

Kami ada perasaan yang kuat menyatakan watak Fasha Sandha & Nora Danish tidak akan bertindan dalam mana-mana episod, jika ada pasti akan menjadi hipokrasi paling epik dalam sejarah televisyen. Heh.