Fara Fauzana Bakal Bawa Kehidupan Peribadi Ke TV ala Kimora Lee

Boleh tahan kau Fara Fauzana, tidak cukup dengan popular, sekarang mahu program realiti TV sendiri.

Bercakap kepada pihak Murai baru baru ini, Fara Fauzana mengakui beliau sedang dalam proses awal untuk menerbitkan program realiti TV sendiri.

Fara Fauzana menjelaskan yang program realiti TV beliau nanti akan mempunyai konsep yang serupa dengan sebuah program yang popular di Amerika Syarikat, Kimora: Life in the Fab Lane.

“Memandangkan program ini adalah terbitan saya sendiri, maka saya sendiri yang akan mengeluarkan bajet. Mungkin tidak 100%, mungkin separuhnya akan dikeluarkan dari pihak penaja,” jelas Fara Fauzana.

Beliau turut mengatakan yang program realiti TV peribadi beliau ini akan bersiaran sebanyak 13 episod di saluran televisyen yang masih belum di’putuskan lagi.

Fara Fauzana sebenarnya rajin mengutus rakaman video di blog rasmi beliau & jika anda tidak pernah mendengar program realiti TV bernama Kimora: Life in the Fab Lane, tonton sedutan selepas ini. Teruskan Membaca

Hot FM Twisties Bingit Bakal Berpindah Ke Layar Televisyen

Dalam pada ada gesaan dari pakar ekonomi untuk menghentikan program realiti, kini muncul program baru.

Hot FM Twisties Bingit bukanlah satu program realiti baru kepada mereka yang mendengar radio Hot FM. Cuma kali ini, tarafnya di’angkat ke layar televisyen.

Ramai mula mempersoalkan keperluan program realiti hiburan selepas lambakan artis yang wujud dalam industri seni tanah air.

Penambahan band-band bebas yang bersaing dalam Hot FM Twisties Bingit ini akan menambahkan bilangan artis yang wujud, tetapi belum tentu masa hadapan’nya.

Hot FM Twisties Bingit boleh kami katakan Akademi Fantasia versi berkumpulan kerana berjaya menarik minat ramai anak muda (bersama band masing-masing) untuk mencuba nasib.

Program realiti ini akan di’tayangkan di 8TV dan pemenang utama akan membawa pulang hadiah bernilai RM80,000 beserta kontrak rakaman dengan Monkey Bone.