Gambar: Kad Undangan Perkahwinan Sahkan Yasmin Hani Kahwin 21 Oktober

Maafkan kami jika tersilap, rasanya ini merupakan pertama kali rasanya seorang selebriti reka setem sendiri untuk kad undangan perkahwinan.

Tetapi itu bukan perkara yang mustahil kerana Pos Malaysia sendiri menawarkan khidmat rekabentuk setem sendiri — tetapi masih, ia’nya sesuatu yang unik.

Yasmin Hani yang sebelum ini merahsiakan tarikh perkahwinan beliau bulan ini akhirnya mendedahkan kepada para jemputan melalui kad undangan khas.

Majlis perkahwinan Yasmin Hani & Shahrin Blackrose (gambar, yang handsome) akan berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang seperti yang di’rancang pada 21 Oktober 2011.

Menurut Yasmin Hani sebelum ini, beliau akan mengenakan baju pengantin rekaan pereka fesyen muda terkenal, Hatta Dolmat dan majlis resepsi mereka akan berkonsepkan majlis dalam taman.

Gambar kad undangan perkahwinan Yasmin Hani & Shahrin Blackrose di’bawah di’kirimkan oleh Klubbkidd melalui Twitter rasmi beliau awal pagi ini dan gambar di’gunakan dengan izin. Heh. Teruskan Membaca

Yasmin Hani Rahsiakan Tarikh Kahwin Oktober Ini, Resepsi Dalam Taman

Entah apa yang di’rahsiakan pun kami tidak tahu. Lagi menyulitkan jadual orang lagi ada.

Yasmin Hani & Shahrin Blackrose merupakan selebriti seterusnya dalam jadual perkahwinan untuk bulan Oktober.

Namun bercakap kepada GUA baru baru ini, Yasmin Hani masih enggan mendedahkan tarikh sebenar majlis pernikahan & resepsi beliau nanti.

Tidak mengapa. Gambar di’sebelah di’ambil ketika Yasmin Hani & Shahrin Blackrose menemui wakil Avicenna Studio yang di’lantik sebagai jurugambar rasmi majlis perkahwinan mereka.

Yasmin Hani turut di’khabarkan memilih khidmat pereka baju terkenal Hatta Dolmat untuk persalinan untuk resepsi di Duchess Place, Jalan Ampang.

Selamat pengantin baru Yasmin Hani & Shahrin Blackrose, kalau rajin layang layangkan kad jemputan kepada kami di Rotikaya HQ. #MukaTakMalu

(Gossip) Hans Isaac Kini Berpacaran Dengan Yasmin Hani?

Gossip ini baru sahaja keluar beberapa puluh minit tadi & ini satu perkembangan yang menarik.

Bujang yang agak terlajak, Hans Isaac hari ini di’katakan sedang menjalin hubungan cinta dengan pengacara comel, Yasmin Hani.

Dari pengamatan fizikal, mereka berdua ini nampak sepadan.Sama cantik sama-sama memiliki wajah Pan Asia.

Tetapi tidak tahu bagaimana emosi mereka bersatu jika benar gossip yang menyatakan mereka bercinta.

Sebarang perkembangan gossip ini akan di’sampaikan secepat mungkin. Peace out!