Majlis Penuh Rahsia Azwan Ali Rupanya Pelancaran Produk Asas Serai?

Update 1708hrs: Azwan Ali didn’t get married. He is launching a lemon grass based product – Serai Hijau at Palace Of The Golden Horses now. Azwan will never change. (via @cuitsikit)

Seperti mana lucunya bunyi tajuk ini, begitulah perasaan kami apabila mendengar khabar angin yang mengatakan majlis penuh rahsia Azwan Ali tidaklah segah mana.

Cakap-cakap sebelum ini yang majlis Azwan Ali bakal menyaksikan pengumuman perkahwinan atau pertunangan Azwan Ali. Nampaknya semua tinggal cakap sahaja.

Gambar di’atas di’ambil 30 minit sebelum majlis penuh rahsia Azwan Ali ini bermula & beliau sedang memberi arahan saat akhir kepada krew.

Dengar cerita juga, Azwan Ali sempat menengking seorang wartawan yang ingin menemuramah beliau ketika ini.

Turut kelihatan adalah Jojo Struys yang menjadi sebahagian krew yang datang untuk menemuramah Azwan Ali petang ini.

Kami akan bawakan sebarang perkembangan sebenar tentang majlis penuh rahsia ini secepat mungkin. Stay tuned!

Azwan Ali Mahu Berkahwin? Gadis Pilihan Sesuci Wajah Siti Nurhaliza

Semakin menarik kisah Azwan Ali semenjak pulang dari menunaikan umrah.

Terbaru, Azwan Ali ada memberitahu media yang kini beliau dalam proses menurunkan berat badan untuk satu majlis istimewa.

Mendakwa menerima ‘lamaran’ dari seseorang, Azwan Ali tidak menolak kemungkinan untuk berkahwin tidak lama lagi.

Azwan Ali yang kini memiliki berat 81 kg mengidamkan berat ideal 65 kg supaya beliau nampak lebih menarik pada hari istimewa itu nanti.

Gym menjadi destinasi utama selebriti penuh kontroversi ini & mendakwa akan tampil dengan imej baru sebelum 25 Disember.

“Kalau saya berkahwin, pencarian saya adalah gadis sesuci wajah Datuk Siti Nurhaliza,” jelas Azwan yang pernah putus cinta satu ketika dulu.

(Gambar) Apa Motif Azwan Ali Dalam Kes Ceramah Dr.Asri?

(Sumber Gambar & Berita: mStar Online)

Gambar di’atas di’ambil ketika bekas mufti Perlis, Dr.Asri tampil di’mahkamah mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi ceramah tanpa tauliah.

Tidak mengapalah, kes sebegitu kerja mahkamah untuk tentukan. Tapi, apa Azwan Ali buat tampil tiba-tiba memberi sokongan kepada Dr.Asri?

Kami memang tahu yang Azwan Ali baru sahaja pulang mengerjakan umrah & jika beliau ikhlas tampil memberi sokongan, maka bersyukurlah Azwan Ali semakin serius mendekati Islam sebenar.

Jika ada niat untuk mempromosikan diri supaya melekat imej Islamik ala-ala Amy Search, tidak perlulah.