Scha al-Yahya Mengaku Bakal Kahwini Awal Ashaari Pertengahan 2012

Well hello dan selamat pagi kawan kawan semua. Ucapan selamat menyambut Hari Natal kepada semua pembaca kami yang layak menyambut — atau yang buat buat macam layak. Apa cerita?

Seluruh Malaysia bercuti, tetapi tidak kami. Putaran dunia hiburan harus terus berjalan untuk anda.

Jika semalam satu Malaysia tahu yang Yusry KRU & Lisa Surihani bakal tamatkan zaman bujang sekitar Februari 2012, ini kisah satu lagi pasangan.

Scha al-Yahya & Awal Ashaari sebelum ini sudah beberapa kali di’kaitkan sebagai pasangan sensasi yang akan menamatkan zaman bujang sekitar tahun 2012 — tetapi menafikan perkara itu.

Tetapi menerusi satu kenyataan kepada Berita Minggu hari ini, Scha al-Yahya sendiri mengakui yang mereka berdua akan bernikah sekitar Mac & Jun tahun hadapan dan kini persiapan sedang bermula. Teruskan Membaca

EKSKLUSIF: Scha al Yahya Bercakap Tentang Perniagaan, Jepun & Kahwin

Saat anda membaca entri ringkas ini, kami sepasukan sedang dalam perjalanan ke Johor Bahrun untuk menyertai jelajah Festival Filem Malaysia (FFM) 2011. Doakan kami selamat pergi & balik.

Bercakap tentang pergi & balik, agak lama kami simpan video ini sebelum memutuskan hari ini merupakan masa terbaik untuk sajikan kepada anda semua — Jumaat yang di’sukai ramai.

Scha al-Yahya telah pun selamat pergi dan balik semula ke tanah air dari merakamkan program pelancongan bersama AirAsia X dan kekasih hati, Awal Ashaari di Korea Selatan.

Beberapa minggu lalu, ada segelintir media termasuk kami menyebut yang Scha al-Yahya & Awal Ashaari bakal berkahwin awal tahun hadapan — Scha al-Yahya sendiri jawab isu ini dalam video di’atas.

Scha al-Yahya turut bercakap tentang perniagaan kiosk beliau yang kini sudah masuk bulan kelima & juga pengalaman menjalani penggambaran di Jepun untuk drama bersiri Kelas Kau Maria. Enjoice!

Gambar: Awal Ashaari Bawa Scha al-Yahya Bercuti Ke Korea Selatan

Nah. Ayat pertama untuk anda semua sebagai penjelasan, semua gambar ini bukan milik kami tetapi ia’nya milik Budiey yang turut serta dalam percutian ini.

Kami hanya mampu menumpang kasih melihat kegembiraan mereka yang dapat bercuti ke Korea Selatan atas nama kerja dan di’taja oleh AirAsia X.

Sebenarnya, Awal Ashaari membawa Scha al-Yahya ke Korea Selatan sebagai tetamu jemputan sebuah rakaman program televisyen berbentuk travelogue yang akan di’siarkan tahun hadapan.

Program televisyen ini di’arahkan oleh Michael Ang dan akan mengandungi 8 episod secara keseluruhan dan Korea Selatan bersama tetamu jemputan Scha al-Yahya merupakan salah satu destinasi yang akan di’paparkan.

Keseluruhan projek ini di’bawakan secara eksklusif oleh AirAsia X sebagai salah satu cara untuk mempromosikan destinasi penerbangan yang di’tawarkan oleh syarikat tambang rendah ini. Teruskan Membaca

Scha al-Yahya Dan Awal Ashaari Bakal Berkahwin Hujung 2012

Berita baik kepada semua peminat Scha al-Yahya & Awal Ashaari.

Pasangan kekasih yang pernah menjadi bahan sensasi media ini telah membuat keputusan untuk maju ke hadapan.

Berita Harian hari ini melaporkan yang Awal Ashaari & Scha al-Yahya masing masing telah mencapai kata sepakat untuk mengikat tali perkahwinan hujung tahun hadapan.

Maklumat agak terhad ketika ini untuk kami & sedang berusaha untuk mendapatkan info lanjut untuk bacaan anda semua. Stay tuned & rock on!

Awal Ashaari Sudah Ada Kekasih Hati, Bakal Kahwin Tahun Hadapan

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Entahkan ya entahkan tidak gossip yang sampai ke pengetahuan peminat hiburan ini. Awal Ashaari mahu kahwin.

Hari ini dalam kenyataan tidak rasmi Awal Ashaari melalui Twitter, beliau mengeluh akan panggilan telefon wartawan yang tidak henti-henti bertanyakan kes Linda Onn & Fahrin Ahmad.

Awal Ashaari mendakwa beliau tidak kisah sedikit pun akan perkara tersebut & letih menjawab soalan yang sama dari wartawan.

Di’fikirkan, memang betul juga kata Awal Ashaari, beliau sebenarnya hanya watak sampingan dalam kancah percintaan epik tersebut. Apa yang beliau mahu kisahkan.

Berbalik kepada topik, seorang peminat hiburan memaklumkan yang Awal Ashaari di’khabarkan sudah memiliki seorang kekasih yang berjaya menambat hati jantan Awal Ashaari.

Maklumat ini di’katakan datang dari ahli keluarga Awal Ashaari sendiri & mereka di’katakan bakal berkahwin tahun hadapan.

Yang misteri, siapa gadis bertuah tersebut? Adakah si gadis itu adalah Scha al-Yahya yang kini sedang hangat di’perkatakan media.

Nah! Sekarang wartawan ada soalan baru untuk Awal Ashaari, betulkah beliau sudah berpunya & merancang perkahwinan tidak lama lagi?