TERBARU

(Gambar) Yasmin Hani Kembali Single

Pada usia 30 tahun, Yasmin Hani yang memiliki wajah segar ala-remaja ini mendambakan untuk berumahtangga pada tahun ini.

Namun jodoh Yasmin Hani & kekasihnya tidak panjang. Mereka menamatkan ikatan cinta mereka dua bulan lalu.

“Sudah dua bulan sebenarnya kami berpisah. Memang saya amat kecewa pada awalnya, tetapi kerana saya telah banyak lalui perkara seperti ini, jadi saya tidak mahu terlalu ikut perasaan sangat.”

Jika ada jejaka di’luar sana yang mula menaruh hati terhadap Yasmin Hani, ini kata-kata beliau terhadap lelaki idaman untuk di’jadikan pasangan hidup.

“Saya tidak memandang paras rupa. Asalkan dia boleh menghormati saya, berdikari dan matang, itu semua antara kriteria yang memadai buat saya.” Sumber mStar Online.

Gambar News Selebriti

(Gambar) Perkahwinan Nikki & Audi Mok

Nikki atau Nicolette Louisa Palikat sah bergelar isteri kepada Audi Mok Chuang Yew selepas melafazkan ikrar dalam satu upacara perkahwinan di Gereja St. Francis Xavier di sini, petang tadi.

Gambar perkahwinan penuh artistik ini di’ambil oleh jurugambar penuh bakat Saiful Nang. Tampak seri Audi Mok & Nikki sebagai pengantin baru.

Semoga hubungan suci ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi gambar perkahwinan mereka selepas ini… Teruskan Membaca →

Gambar News Selebriti

(Gambar) Bakal Suami Serina Chef Wan Jejaka dari United Kingdom?

Sumber yang boleh di’percayai mengatakan yang Chef Wan sudah menempah sebuah restoran mewah yang terletak di tengah-tengah kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur.

Tujuan tempahan itu tidak lain tidak bukan untuk majlis perkahwinan anak beliau Serina, 26 dengan seorang jejaka dari United Kingdom (UK).

Majlis itu di’jangka berlangsung hujung tahun ini selari dengan sambutan tahun baru. Jika betul-betul jadi, tahniah untuk Serina & Chef Wan juga kerana akhirnya bermenantu juga.

Sumber Berita: Murai & Gambar oleh Kebayan (I Love You Kebayan!)

Gambar News Selebriti

(Gambar) Akhil Hayy Sindir Maizawati, Enggan Ulas Isu Rumahtangga

Ketika sesi temubual bersama pengerusi majlis, Zaidi Rustam (Wildani), Akhil ada menyebut dalam nada sinis ‘siapa ada masalah keluarga, rujuk-rujuklah media’ sambil tergelak. Dan, kita sedia maklum sindiran itu di’tujukan terus buat Maizawati.

Akhil Hayy yang ditemui media selepas Muktamar PAS ke-55 baru-baru ini enggan mengulas lanjut tentang isu rumahtangga beliau kini. Teruskan Membaca →

News Selebriti

(Gambar) Ekin Pangku Bayi, Teringin Anak Cepat Bersama Mawi

Ekin & Bayi Comel

Nampak sesuai sangat gaya Ekin memangku seorang anak kecil dalam gambar di’bawah.

Walaupun perkahwinan beliau dengan bintang popular, Mawi banyak mengundang kontroversi, namun kelahiran anak sulung mereka pasti di’nanti-nanti oleh semua orang.

Nampak’nya Mawi perlu berusaha lebih keras. Honeymoon di Korea mungkin belum cukup, mereka perlu ke Eropah pula selepas ini.

Gambar penuh Ekin, isteri Mawi memangku anak kecil selepas ini… Teruskan Membaca →

News Selebriti