Jangan Lupa Tonton Evolusi KL Drift 2 Bermula 25 Mac Ini!

E-mail Us: hi@rotikaya.com

Nia Ramadhani Bakal Berkahwin Anak Usahawan Tahun Hadapan

October 17, 2009 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, News

Untung bergelar selebriti, berkahwin dengan individu bergelar usahawan atau anak usahawan berjaya bukan sesuatu yang mustahil.

Nia Ramadhani, setelah berpisah dengan vokalis Samsons tidak lama dahulu, kini sedang menghitung hari untuk menamatkan kisah percintaan zaman remajanya.

Bakal suaminya adalah anak salah seorang usahawan berjaya & terkenal Indonesia Aburizal Bakrie, Ardie Bakrie.

Menurut kaka kandung Nia Ramadhani, Dicky Ramadhani, Ardie sudah memaklumkan kepada beliau keinginannya untuk memperisterikan Nia Ramadhani sejak 2 bulan lalu.

Nia Ramadhani & Ardie di’khabarkan akan bernikah pada April 2010 iaitu hampir dengan tarikh lahir Nia Ramadhani sendiri. Pasti perkahwinan ini akan membawa makna tersendiri buat beliau.

(Gossip) Zul, Suami Isma AF7 Kahwin Kali Kedua di Thailand?

July 20, 2009 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, Gossip

Angin tiada ribut tiada tiba-tiba seorang wartawan akhbar tempatan menulis tentang seorang komposer yang sudah senyap-senyap berkahwin lain di Pattani, Thailand, Januari lalu.

Hint yang di’beri oleh penulis artikel tersebut ialah isterinya seorang penyanyi yang baru berjinak-jinak dengan bidang seni. Mesra seperti pasangan baru berkahwin walaupun mempunyai ramai anak.

Dengar cerita juga, komposer ini menanggung hutang bil telefon yang mencecah ratusan ribu ringgit kerana duduk berjauhan.

Namun setelah populariti isteri’nya mula mencanak, komposer ini di’katakan mula mengabaikan tanggungjawab dengan isteri barunya.

Penyanyi itu juga pernah di’hubungi media namun kenyataan ini di’nafikan sekeras-kerasnya. Kita tunggu sahaja perkembangan berita ini, mana tahu akan keluar Melodi.

(Gambar) Perkahwinan Nikki & Audi Mok

June 28, 2009 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, News, Photos

Nikki atau Nicolette Louisa Palikat sah bergelar isteri kepada Audi Mok Chuang Yew selepas melafazkan ikrar dalam satu upacara perkahwinan di Gereja St. Francis Xavier di sini, petang tadi.

Gambar perkahwinan penuh artistik ini di’ambil oleh jurugambar penuh bakat Saiful Nang. Tampak seri Audi Mok & Nikki sebagai pengantin baru.

Semoga hubungan suci ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi gambar perkahwinan mereka selepas ini… Read more

(Gambar) Que Haidar Bersama Kumpulan Remaja Shogunz

March 27, 2009 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities

Que Haidar

Lama sudah gambar ini sebenarnya. Gambar dari keratan akhbar lama ini menunjukkan suami Linda Jasmine ketika bersama kumpulan remaja Shogunz.

Ini pertama kali aku dengar kumpulan muzik bernama Shogunz, mungkin kerana mereka tidak pernah ada lagu hits untuk aku dengar.

Kalau teringin tengok gambar Que Haidar dengan gaya remaja jambu, ini’lah masanya. Namun, hanya sekeping berjaya di’perolehi.

Shila OIAM Jelmaan Hannah Montana?

March 19, 2009 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities

Shila OIAM

Kesempatan menyanyikan lagu tema Hannah Montana iaitu, Best of Worlds yang dipopularkan Miley Cyrus tidak semestinya menjadikan Shila yang mula di’kenali (bukan popular) setelah memasuki OIAM seorang jelmaan Hannah Montana.

Shila yang nyata teruja dengan kesempatan muncul bersama Aznil Hj.Nawawi sebagai pengacara bersama siri khas Hannah Montana.

Anak gadis ND Lala ini berkata sesuatu tentang ayah’nya, “Satu lagi persamaan adalah ayah Hannah Montana adalah seorang penyanyi dan komposer bagi lagu country, manakala ayah saya pula adalah seorang penyanyi serta komposer bagi lagu-lagu yang berentak folk”.

Bila masa ND Lala menyanyi & menulis lagu berentak folk? Atau aku yang buta muzik?

Blog Widget by LinkWithin