Jaga-Jaga Anuar Zain: Awal Ashaari Bakal Bikin Album Solo
December 15, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News

Impian Awal Ashaari untuk bergelar penyanyi bakal terlaksana tidak lama lagi. Kontrak sudah dimeterai.
Pelakon & pengacara sensasi Malaysia ini sebenarnya pernah memasuki ujibakat Malaysian Idol tidak lama dulu untuk mencuba nasib sebagai penyanyi.
Namun, rezeki tidak boleh di’duga, Awal Ashaari ditawarkan pelbagai tawaran untuk mengacara & berlakon. Sejak dari itu, impian untuk menjadi penyanyi di’simpan sementara. Read more
(Gambar) Sekitar Majlis Perkahwinan Lan Kristal & Nur Sheila
December 7, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, Photos

Hujung-hujung tahun memang penuh dengan majlis perkahwinan. Kami ada berkeping-keping kad undangan, satu pun belum kami sempat hadirkan diri.
Terbaru dalam dunia hiburan, Mohd. Razlan Mohamed Yusof (Lan Kristal) menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan Ain (Nur Sheila Hassim).
Dalam gambar-gambar di’bawah, perkahwinan mereka nampak meriah & mereka berdua nampak berseri-seri dalam persalinan warna keemasan.
Lagi gambar selepas ini. Semoga perkahwinan mereka kekal abadi sehingga ke akhir’nya. Read more
Siti Nurhaliza & Kris Dayanti Rakam Lagu Duet Dalam Masa 2 Jam Sahaja
November 26, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News
(Sumber Berita & Gambar: SultanMuzaffar)
Kalau sudah namanya professional, bukan kerja yang susah untuk merakam sebuah lagu dengan kadar kepantasan ekstrim.
Kris Dayanti & Siti Nurhaliza semalam di’laporkan merakam sebuah lagu duet bersama berjudul ‘Dalam Diamku‘ hasil ciptaan Audi Mok.
Sessi rakaman hanya berlangsung selama dua jam yang mana pada kami sangat laju & professional.
Kris Dayanti berada di’Malaysia untuk merakamkan sebuah album duet yang akan mengandungi lima buah lagu dendangan dirinya & Siti Nurhaliza.
Album yang masih belum di’beri judul ini di’katakan bakal memberi impak positif kepada hubungan Malaysia-Indonesia yang akhir-akhir ini sering tidak sefahaman.
Yassin (Senario) Merajuk Dengan Dunia Seni: Mula Jual Baja
November 23, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News
Ah lama bukan kita tidak dengar cerita pelawak kontroversi ini.
Yassin Bin Yahya atau lebih di’kenali dengan nama Yassin Senario kini di’katakan merajuk dengan dunia seni lakonan Malaysia.
Yassin mendakwa yang beliau sering menerima skrip lakonan yang tidak bermutu & beliau lebih rela melakukan pekerjaan lain.
Filem terakhir beliau yang ke layar adalah Duyung sekitar tahun 2008 dahulu & tahun 2010 di’katakan ada dua filem lakonan beliau akan muncul di’panggung.
Yassin kini berkata beliau lebih selesa mengusahakan perniagaan keluarganya iaitu menjual baja untuk tanaman — Secretani.
Melihat kepada laman web rasmi Secretani, memang family Yassin ada sense of business yang tinggi. Kami berminat mahu beli sebotol.
(Gambar) Rich, Velvet & Anak Kecil Mereka Belakang Pentas Muzik Muzik
November 21, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, Photos
(Sumber Gambar & Berita: KlubbKidd)
Kali terakhir kami dengar cerita tentang pasangan ini adalah ketika mereka berkahwin dahulu.
Sedikit terkejut juga kami apabila melihat anak mereka sebenarnya sudah besar & sihat belaka.
Velvet nampak berseri-seri dalam gambar, mungkin kerana lagu suaminya berjaya ke final Anugerah Juara Lagu 2009.
Aurora dendangan Estranged berjaya ke final setelah menyampaikan persembahan bertenaga malam tadi.
Tuah anak. Semoga ada rezeki kali kedua buat Estranged di final AJL 2009 nanti. Velvet tiada lagu baru?

