Yuna Bakal Muncul Dengan Siri Minyak Wangi Sendiri, Ala Hollywood

Kami suka sebenarnya jika seorang selebriti atau artis itu mempunyai mentaliti seorang usahawan. Mereka akan berinovasi.

Sebelum ini khalayak sudah tahu yang penyanyi suara gemersik (ehemm), Yuna menjalankan peniagaan menjual pakaian dengan jenama sendiri.

Nampaknya kekasih hati Qi ini bakal muncul dengan satu lagi produk untuk peminat & rakyat Malaysia umum’nya.

Gambar di’atas menunjukkan lakaran awal bungkusan & botol minyak wangi keluaran Yuna yang kami faham membawa nama ‘Yuna Decorate’.

Menurut Yuna sendiri melalui Twitter, siri wangian keluaran beliau ini akan menjadi satu produk istimewa mampu milik & bercitarasa tinggi.

Kredit gambar kepada Yuna melalui Twitter & tips oleh SelebriTweets. Ada tips? Hantarkan melalui e-mail atau Twitter kami, @rotikaya.

Syarikat Rakaman Amerika Syarikat Berminat Dengan Bakat Yuna

Selepas Zee Avi, nampaknya Malaysia hampir pasti akan mempunyai ‘duta muzik’ terbaru ke Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Bakat & gaya persembahan Yuna bukan sahaja memikat juri AJL 24 dan para peminat, malah aura Yuna kini sudah sampai ke Amerika Syarikat.

Yuna hari ini mengakui yang beliau ada di’datangi oleh wakil sebuah syarikat rakaman yang berpengkalan di USA untuk menjadikan Yuna sebagai artis rakaman mereka.

“Memang benar ada sebuah syarikat rakaman dari Amerika Syarikat telah menemui saya untuk dijadikan artis rakaman mereka”

“Tapi, ia masih dalam peringkat awal dan kami masih lagi berbincang mengenai syarat-syarat yang boleh memuaskan hati kedua-dua belah pihak”

Namun begitu, Yuna enggan mendedahkan nama syarikat rakaman yang datang dengan hasrat besar itu.

(Gossip) Yuna Bakal Bergelar Jutawan Dengan Royalti Lagu?

Tepuk tangan kawan-kawan jika benar berita yang di’sampaikan oleh spy Murai.com.my ini.

Yuna kini di’katakan sedang menunggu habuan berbentuk royalti hasil populariti lagu beliau — Dan Sebenarnya.

Royalti yang di’nanti bukan calang-calang jumlahnya kerana di’khabarkan mencecah jutaan ringgit. Betul-betul berbaloi usaha Yuna selama ini.

Yuna juga di’katakan telah berhenti melibatkan diri dengan perniagaan menjual baju & menjual bahagian beliau kepada rakan seperniagaan.

Muncul pertama kali sebagai artis MySpace, kini nampaknya Yuna boleh menarik nafas kegembiraan kerana usahanya membuahkan hasil.

Kalau dapat nanti, jangan lupa belanja kawan-kawan & juga pihak media ya Yuna?