TERBARU

Penyanyi Curi Telefon Bimbit di Singapura DiKenal Pasti: Mamat

Kesahihan berita ini hampir 100% kerana ada akhbar dari Singapura yang melaporkan berita ini beserta nama Mamat.

Semalam, Mamat di’laporkan di’lepaskan dengan ikat jamin seorang saudara yang menetap di’Singapura. Kes Mamat ini sedang dalam siasatan pihak polis.

Pelakon yang telefon bimbitnya di’curi mendakwa ingin menggugurkan dakwaan terhadap Mamat kerana kasihankan anak-anak beliau, namun pihak polis tidak membenarkan tindakan sedemikian.

Kami sedih melihat keadaan Mamat hari ini, sudahlah sedang dalam proses penceraian dengan isteri dek kerana orang ketiga, kini terlibat pula dalam kes kecurian.

Walaupun tuduhan yang akan di’kemukakan mungkin bersifat minor, tetapi peluang kedua yang di’berikan oleh peminat hiburan selepas titik hitam dahulu tidak di’hargai sepenuhnya oleh Mamat.

Kami doakan semoga ada jalan keluar yang lebih tenang buat Mamat.

News Selebriti

Nia Ramadhani Bakal Berkahwin Anak Usahawan Tahun Hadapan

Untung bergelar selebriti, berkahwin dengan individu bergelar usahawan atau anak usahawan berjaya bukan sesuatu yang mustahil.

Nia Ramadhani, setelah berpisah dengan vokalis Samsons tidak lama dahulu, kini sedang menghitung hari untuk menamatkan kisah percintaan zaman remajanya.

Bakal suaminya adalah anak salah seorang usahawan berjaya & terkenal Indonesia Aburizal Bakrie, Ardie Bakrie.

Menurut kaka kandung Nia Ramadhani, Dicky Ramadhani, Ardie sudah memaklumkan kepada beliau keinginannya untuk memperisterikan Nia Ramadhani sejak 2 bulan lalu.

Nia Ramadhani & Ardie di’khabarkan akan bernikah pada April 2010 iaitu hampir dengan tarikh lahir Nia Ramadhani sendiri. Pasti perkahwinan ini akan membawa makna tersendiri buat beliau.

News Selebriti

(Gossip) Zul, Suami Isma AF7 Kahwin Kali Kedua di Thailand?

Angin tiada ribut tiada tiba-tiba seorang wartawan akhbar tempatan menulis tentang seorang komposer yang sudah senyap-senyap berkahwin lain di Pattani, Thailand, Januari lalu.

Hint yang di’beri oleh penulis artikel tersebut ialah isterinya seorang penyanyi yang baru berjinak-jinak dengan bidang seni. Mesra seperti pasangan baru berkahwin walaupun mempunyai ramai anak.

Dengar cerita juga, komposer ini menanggung hutang bil telefon yang mencecah ratusan ribu ringgit kerana duduk berjauhan.

Namun setelah populariti isteri’nya mula mencanak, komposer ini di’katakan mula mengabaikan tanggungjawab dengan isteri barunya.

Penyanyi itu juga pernah di’hubungi media namun kenyataan ini di’nafikan sekeras-kerasnya. Kita tunggu sahaja perkembangan berita ini, mana tahu akan keluar Melodi.

Gossip Selebriti

(Terkini) Rossa-Yoyo Padi Dalam Proses Menuntut Penceraian

Hari ini (1 Julai) Rossa muncul buat pertama kali di’hadapan media Indonesia menjelaskan yang dia & Yoy Padi sedang dalam proses penceraian.

Rossa yang baru sahaja menamatkan konsert Mini Cerita Cinta Rossa di Kuala Lumpur sebelum ini memaklumkan kepada media Malaysia yang beliau takutkan penceraian.

“Oh ya betul, memang ini sudah kesepakatan saya dan Yoyo, mungkin ini hasil keputusan kami. Saya nggak mau berlarut-larut,” ujar Rossa.

Lewat hari ini juga Rossa ada menjawab desas-desus orang ramai yang mengatakan Yoyo Padi curang di’belakang Rossa. Rossa pantas menafikan hal itu.

Rossa enggan mengulas lebih lanjut tentang hal ini berikutan takut akan mempengaruhi hubungan keluarga kedua-dua belah pihak.

Gambar News Selebriti

(Gambar) Perkahwinan Nikki & Audi Mok

Nikki atau Nicolette Louisa Palikat sah bergelar isteri kepada Audi Mok Chuang Yew selepas melafazkan ikrar dalam satu upacara perkahwinan di Gereja St. Francis Xavier di sini, petang tadi.

Gambar perkahwinan penuh artistik ini di’ambil oleh jurugambar penuh bakat Saiful Nang. Tampak seri Audi Mok & Nikki sebagai pengantin baru.

Semoga hubungan suci ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi gambar perkahwinan mereka selepas ini… Teruskan Membaca →

Gambar News Selebriti