(Gossip) Imej Baik Nur Kasih Semakin Hilang, Tiz Zaqyah Merokok?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Selepas gambar Tiz Zaqyah bersosial bersama rakan-rakan muncul tidak berapa lama dahulu, ini bukan sesuatu yang mengejutkan.

Kami tidak katakan yang Tiz Zaqyah perlu membawa imej Nur Kasih itu sehingga ke dunia realiti namun harus di’ingat, ramai kanak-kanak menjadikan pelakon ini idola kerana Nur Kasih.

Seorang wartawan awam melaporkan yang baru-baru ini beliau terserempak dengan Tiz Zaqyah & the geng sedang menjalani pengambaran di Kota Damansara.

Tiz Zaqyah di’katakan ayu berbaju kurung berlakon di’samping Shaheizy Sam & pengambaran itu di’arahkan oleh Azizi Chunk.

Selepas habis pengambaran, Tiz Zaqyah di’katakan dengan tenang mengeluarkan rokok & menghisapnya di’khalayak ramai.

Kami sebenarnya tidak terkejut jika benar Tiz Zaqyah merokok namun kalau boleh, elakkan untuk merokok di’khalayak ramai. Tidak molek.

Selepas Popular Sebagai Pelakon, Tiz Zaqyah Mahu Menyanyi Pula

Baru sahaja sebut nama Tiz Zaqyah sebentar tadi, ada pula cerita baru tentang pelakon wanita kegemaran ramai ini.

Murai.com.my hari menulis yang Tiz Zaqyah yang mengecap populariti mendadak melalui drama bersiri Nur Kasih kini sedang dalam perancangan untuk bergelar penyanyi.

Perancangan licik Tiz Zaqyah tidak hanya melibatkan beliau seorang, namun pelakon & juga pengarah muda, Yana turut sama berminat untuk menyanyi.

Kedua-dua mereka ini di’katakan sedang berbincang dengan seorang bakat baru dunia seni, Sabhi Sadhi.

Sabhi Sadhi sebelum ini merupakan salah seorang anggota kumpulan Esdeco yang turut di’anggotai oleh Adam AF2.

Harapnya percubaan berani Tiz Zaqyah & Yana ini bakal membuahkan hasil yang sedap untuk di’dengar telinga para peminat.

Jangan terjun ke dunia nyanyian semata-mata kerana keinginan tanpa bakat & perancangan yang teliti. We wish both of you all the best!

Remy Ishak Kata Semakin Rapat, Tiz Zaqyah Kata Hanya Kawan

Menarik. Kenyataan dari Remy Ishak di’keluarkan oleh Murai.com.my manakala kenyataan terbaru Tiz Zaqyah dikeluarkan oleh Gua.com.my.

Al-kisahnya wartawan bertanyakan kepada Remy Ishak tentang hubungan beliau dengan Ummi Nazira & Remy Ishak menjawab beliau sudah tidak berhubung dengan bekas kekasih beliau itu.

Remy Ishak juga mengakui dalam temubual yang sama bahawa beliau kini semakin rapat dengan Tiz Zaqyah & selalu keluar bersama-sama dengan rakan lain.

Hari ini, seorang wartawan lain bertanyakan kepada Tiz Zaqyah tentang hal ini, beliau nampak terkejut.

Malah dengan nada suara yang agak kecewa Tiz Zaqyah menyatakan yang hubungan beliau & Remy Ishak hanya kawan, tidak lebih dari itu.

Perkara kecil sahaja. Lagi pun Tiz Zaqyah sekarang masih single, apa salahnya Remy Ishak mencuba nasib.

Pemain Bola Sepak Intai Tiz Zaqyah & Sebalik Tabir Iklan Silkygirl

Lama sebenarnya kami tunggu untuk gunakan gambar Tiz Zaqyah di’atas, namun hari ini ada modal cerita untuk kami tulis.

Dalam sebuah majalah hiburan keluaran terbaru, seorang wartawan ada menulis tentang seorang pemain bola sepak negara yang kini sedang menaruh minat terhadap Tiz Zaqyah.

Tiz Zaqyah memberi response yang agak selamba bertanyakan siapakah gerangan pemain bola sepak tersebut, mahu juga beliau berkenalan.

Tiz Zaqyah juga memberitahu beliau tidak keberatan untuk di’gandingkan dengan jejaka tersebut untuk sessi fotografi pada masa hadapan.

Berkenaan sebalik tabir iklan Silkygirl, selepas ini anda akan menikmati dua keping gambar rare yang menunjukkan kehadiran Tiz Zaqyah dalam iklan tersebut.

Tiz Zaqyah nampak kecil & comel (tidak lupa juga, seksi!) berbanding model-model yang lain. Enjoice! Teruskan Membaca

(Gambar) Tiz Zaqyah Sukakan Lelaki Botak: Idam Miliki BMW M6

(Sumber Berita & Gambar: Terima Kasih Maskulin Terbitan Karangkraf)

Makin hari makin kuat publisiti dari pelbagai media di’terima oleh bintang sedang meningkat naik, Tiz Zaqyah.

Terbaru Tiz Zaqyah dijemput untuk menghadiri sessi fotografi bersama Maskulin sambil di’tanyakan beberapa soalan tentang lelaki.

Tiz Zaqyah menyatakan yang beliau suka lelaki yang berwajah manis, mempunyai bentuk tubuh yang mantap, sawo matang, tinggi dan botak.

Beliau juga mendakwa yang dirinya adalah penyokong kuat Chelsea & peminat warna hitam kerana nampak seksi & elegan.

Tentang kereta idaman, Tiz Zaqyah pantas menjawab yang beliau idamkan kereta mewah BMW M6 walaupun masih belum memiliki lesen memandu.

12