TERBARU

(Gambar) Pelbagai Aktiviti Keluarga Norman Hakim & Memey Suhaiza


(Sumber Gambar & Berita: Terima Kasih Fuad – Forum Syok.org)

Nampak gayanya pasangan ini seakan tidak pedulikan lagi segala tohmahan yang mereka terima. Sentiasa positif bak kata orang.

Koleksi gambar aktiviti Norman Hakim & Memey Suhaiza ini menunjukkan yang mereka sememangnya sedang lemas dalam arus percintaan. Seperti cinta pertama untuk kedua-duanya.

Ada beberapa keping gambar di’bawah yang mengiyakan dakwaan Memey Suhaiza yang beliau kini sangat rapat dengan anak-anak Norman Hakim.

Dari pengamatan kami, Memey Suhaiza kini di’terima baik dalam keluarga Norman Hakim & tidak mustahil mereka akan berkahwin tidak lama lagi.

Lagi gambar pasangan kontroversi Norman Hakim & Memey Suhaiza selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca →

Gambar News

(Gossip) Norman Hakim & Memey Suhaiza Tunjuk Kemesraan di IKEA

Semakin hilang sifat segan pasangan kontroversi ini nampaknya.

Semalam, ada peminat hiburan yang terserempak dengan Norman Hakim & Memey Suhaiza di tempat lepak kegemaran kami, IKEA.

Mereka di’lihat berjalan berdua sahaja tanpa di’temani sesiapa dan mengukuhkan lagi dakwaan mereka bercinta.

Orang ramai di IKEA di’katakan memandang pasangan ini penuh perasaan meluat sehingga ada antara mereka yang menarik muka tidak selesa dengan kehadiran mereka.

Lebih-lebih lagi apabila Memey Suhaiza dikhabarkan dengan sengaja memeluk Norman Hakim sebagai tanda kemesraan mereka.

Seperti lupa bagaimana mereka boleh sampai ke hubungan hari ini, apa yang terjadi sebelum ini benar-benar menjadi lesen untuk mereka berbuat apa sahaja di’khalayak ramai.

Kalau sudah muncul di IKEA pun boleh jadi bahan orang benci, Norman Hakim & Memey Suhaiza perlu cepat-cepat sedar diri. Atau, kahwin.

Gossip Selebriti