Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009/10

(Kredit Gambar: Ribuan Terima Kasih Buat Sahrudin Yusof)

Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza yang berjaya merangkul anugerah Bintang Paling Popular 2009 malam ini. Merupakan satu kejutan buat kami sebenarnya.

Jika anda berminat untuk mengetahui isi perut sepanjang majlis anugerah berlangsung, baca liveblogging kami selepas ini, sebelum video keluar di Youtube.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti liveblogging ini & tahniah buat semua pemenang malam ini. Kita jumpa lagi tahun hadapan. Peace out! Teruskan Membaca

ABPBH: Berita Harian Bocor Maklumat Fasha Sandha Bakal Menang?

Calon yang barangkali berpeluang menggenggam trofi bagi Pelakon TV Wanita adalah Fasha Sandha yang tahun lalu bukan calon pilihan.

Impak populariti Tiz Zaqyah melalui drama bersiri Nur Kasih tidak menjadi dalam ABPBH2009.

Itu’lah dua baris ayat terbitan Berita Harian hari ini yang membayangkan Fasha Sandha bakal merangkul anugerah Pelakon TV Wanita Paling Popular.

Kalau pun penulis ini seorang yang bergelar kipas susah mati Fasha Sandha, jangan’lah bagi maklumat yang membunuh keterujaan orang ramai.

Kategori Pelakon TV Wanita Paling Popular ini seperti ramai sedia maklum merupakan kategori yang boleh di’ramal siapa pemenangnya — bukan Fasha Sandha.

Undian terbuka yang kami buat khas untuk pembaca RotiKaya juga tidak menunjukkan sebarang tanda Fasha Sandha bakal menang — kini di’dahului oleh Scha al-Yahya.

Kami juga ada perasaan was-was yang tulisan wartawan Berita Harian ini ada maksud tersembunyi untuk kepentingan syarikat.

Mana’lah tahu, tuan badan menulis ayat sebegitu untuk membakar peminat Tiz Zaqyah untuk membeli akhbar Berita Harian untuk mengundi.

(Undian) Pelakon TV Wanita Popular Pilihan Pembaca RotiKaya

Hari ini hari Isnin dan kami faham ada antara anda tengah pening kepala dengan tugasan pejabat atau masih dalam mood hujung minggu.

Oleh kerana itu kami wujud & anda boleh mengundi Pelakon TV Wanita kegemaran anda sebagai alterbatif kepada undian melalui surat khabar.

Sebelum ini, kita telah mengundi untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan pemenangnya adalah Lisa Surihani dengan 364 undi dari 985 undian (dari entah berapa ramai pengundi).

Untuk kategori kali ini, kami rasa semua orang sudah boleh agak siapa pemenang’nya berdasarkan fenomena drama tahun 2009.

Tetapi tidak mengapa, undian harus di’teruskan dan jika anda rasa pelakon kesayangan anda patut menang, anda boleh mengundi lebih dari sekali. Go!

Siapakah Pilihan Anda Untuk Merangkul Gelaran Artis Baru Wanita Popular Untuk #ABPBH25?

View Results

Loading ... Loading ...