TERBARU

Mahu Jual Baju Pengantin, Noh Hujan Gembira Mizz Nina Pandai Masak

Noh Hujan & Mizz Nina baru sahaja pulang dari percutian bulan madu mereka ke Eropah & kepulauan Maldives. Mereka kongsikan video mereka di Youtube. Menarik untuk kita hayati pengalaman mereka.

Yang lebih menarik, selepas pulang dari percutian panjang itu, Noh Hujan & Mizz Nina terpaksa mengemas rumah kerana baju-baju perkahwinan mereka terletak merata-rata.

Ketika itu Noh Hujan baru sedar yang rupanya beliau & Mizz Nina banyak berganti persalinan sepanjang majlis resepsi mereka tempoh hari.

“Sampaikan kami terfikir, mungkin kena jual beberapa daripadanya kot,” gurau Noh Hujan kepada wartawan mStar Online.

Noh Hujan turut mengakui yang beliau gembira kerana Mizz Nina kini semakin pandai memasak walaupun sering mengambil ‘jalan selamat’ dalam menyediakan makanan.

Usaha yang bagus dari Mizz Nina dan selepas ini mungkin boleh tajamkan skill memasak makanan kegemaran Noh Hujan – ayam masak kicap dan sambal tumis.

Gambar News Selebriti Video

(Gossip) Noh Hujan Hanya Layan Anak Gadis VVIP, Lagak Playboy?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Kami tahu kami akan di’hentam hebat oleh seisi studio KamarSeni apabila mereka membaca tentang gossip ini. Noh Hujan akan mula tulis lagu inspirasi dari gossip ini.

Al-kisahnya hari ini seorang penulis di KOSMO! menulis satu artikel ringkas tentang hubungan Noh Hujan & Mizz Nina (Teh Tarik Crew) yang di’katakan mula serius.

Rakan Noh Hujan, Hang Dimas menyatakan mereka berkolaborasi dalam sebuah lagu yang diterbitkan oleh Noh.

Dalam masa yang sama, peminat sudah mengetahui yang Mizz Nina merupakan anak kepada jutawan Tan Sri Azman Hashim.

Satu gossip yang timbul tentang gossip peribadi Noh Hujan ini, beliau pernah mengajak seorang gadis lain untuk keluar bersama ketika masih bersama teman wanita beliau sebelum ini.

Seorang peminat hiburan juga memberitahu yang Noh Hujan sekarang ini dalam pemerhatian pihak penguatkuasa agama Islam kerana di’laporkan sering tidur serumah dengan kekasih hati beliau.

Apabila Noh Hujan meningkat popular, nampaknya semakin ramai manusia mengaku mereka kenal akan diri Noh Hujan.

Yang tidak seronok’nya, cerita kurang enak & tidak membantu dalam karier mula timbul satu per satu. Noh Hujan, mahu jawab atau tidak?

Gossip Selebriti

(Gambar) Noh Ala-Yakuza Dalam Kad Pengenalan & Kekasih Baru

Gambar ini dari semalam lagi kami ingin terbitkan, namun tiada berita baik yang boleh kami tulis mengiringi gambar ini.

Dalam gambar eksklusif kad pengenalan Noh Hujan, nampak yang beliau menggayakan rambut ala-Yakuza.

Kami rasa, Noh Hujan datang dengan gaya rambut tutup mata sebelah beliau namun pegawai JPN suruh beliau ikat rambut agar nampak jelas wajah kacak beliau.

Kisah yang mengiringi gambar ini hari ini sebenarnya tiada kaitan secara langsung — berkenaan kekasih baru Noh Hujan.

Kekasih baru Noh Hujan di’katakan bekas anggota sebuah kumpulan hip hop popular & mereka kelihatan mesra bersama di’belakang pentas AJL 24 baru-baru ini.

Nampaknya semakin hari semakin mainstream kisah hidup Noh Hujan. Selepas gossip bercinta dengan Nora Danish, hari ini pasti ramai peminat ingin tahu siapa gerangan gadis bertuah yang baru ini.

News Selebriti

(Gambar) Noh Hujan Dalam Coverall Kuning PETRONAS

Bukan senang hendak tengok artis menjadi engineer. Seorang jurugambar rasmi band Hujan adalah salah seorang jurutera PETRONAS.

Jadi, sebagai salah satu sudut kreatif, beliau sarungkan coverall PETRONAS (yang aku hampir setiap hari pakai) ke tubuh superstar indie ini.

Ini sesuatu yang baru & aku harap akan masuk dalam kulit album terbaru mereka nanti. Lagi gambar selepas ini… Teruskan Membaca →

Gambar News Selebriti