(Gambar) Nikki Terasa Lebih Cantik Selepas Kahwin Audi Mok

(Sumber Gambar & Berita: mStar Online)

Nikki nampak lebih kurus berbanding sebelum kahwin. Sekurang-kurangnya itulah pemerhatian kami melalui gambar.

Nikki yang berkahwin dengan komposer terkenal Audi Mok mengakui kini sedang berbahagia dengan perkahwinan beliau.

Menyokong kenyataan yang cantik itu subjektif, Nikki turut mengakui yang beliau merasa dirinya lebih cantik selepas kahwin kerana lebih di’hargai sebagai wanita.

“He is my best friend. Kalau ada masa terluang Nikki suka main permainan komputer atau pergi ke gym.”

Tidak hairanlah tubuh Nikki semakin langsing hari ini. Harap Nikki boleh kekalkan tubuh sihat seperti sekarang.

Khas Dari Miami: Sean Kingston Akan Meriahkan Shout! Awards

Waddup? Sean Kingston dalam rumah yo. Nampaknya Shout! Awards akan memiliki tarikan sendiri apabila memutuskan untuk membawa Sean Kingston terus dari Miami.

Penyanyi hip hop reggae itu akan berkongsi pentas menghiburkan audience bersama artis tempatan seperti Pop Shuvit, One Buck Short, Jin Hackman, Komplot, Caprice, Estranged, Shila, Bunkface, Mia Palencia, Pesawat, Paola Delfino, Nikki, Joe Flizzow, Rahim Maarof dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung Shout! Awards ini dari Stadium Putra, Bukit Jalil 17 Julai ini. Pasti gempak & meriah.

(Gambar) Perkahwinan Nikki & Audi Mok

Nikki atau Nicolette Louisa Palikat sah bergelar isteri kepada Audi Mok Chuang Yew selepas melafazkan ikrar dalam satu upacara perkahwinan di Gereja St. Francis Xavier di sini, petang tadi.

Gambar perkahwinan penuh artistik ini di’ambil oleh jurugambar penuh bakat Saiful Nang. Tampak seri Audi Mok & Nikki sebagai pengantin baru.

Semoga hubungan suci ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi gambar perkahwinan mereka selepas ini… Teruskan Membaca