Faizal Tahir Telan Painkillers Demi Persembahan Anugerah Juara Lagu

Berita baik, Faizal Tahir akan sampaikan sendiri lagu Bencinta.

Anugerah Juara Lagu 24 yang akan berlangsung Ahad ini bakal menyaksikan Faizal Tahir mempertaruhkan kesihatan demi peminat & seni.

Faizal Tahir yang telah di’sahkan doktor menghidap penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) di’nasihatkan untuk berehat selama dua bulan.

Namun atas kemahuan & tekad untuk membawakan sendiri Bencinta, Faizal Tahir sanggup untuk menelan ubat tahan sakit (painkillers) pada malam itu nanti.

“You can say it’s not worth it, putting my health at risk. Tapi apa yang berlaku selepas itu, akan berlaku. Saya pun tak tahu jika saya dapat melakukan ini lagi.” – Gua.com.my

Kami doakan semua yang terbaik buat Faizal Tahir & berharap ada sesuatu yang beliau boleh bawa pulang pada malam tersebut.

Faizal Tahir Muntah Darah Kerana Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru

Orang kuat Monkey Bone, Edris Adrian melaporkan yang pemeriksaan awal terhadap Faizal Tahir mendapati beliau menghidap jangkitan kuman di paru-paru.

Berita Faizal Tahir yang di’kejarkan ke hospital kerana mengalami sakit dada & muntah darah di’ketahui umum awal pagi tadi melalui KOSMO!

Faizal Tahir yang di’jadualkan beraksi pada separuh akhir Muzik-Muzik malam ini terpaksa membatalkan niat tersebut dan akan di’ganti dengan seorang artis naungan Monkey Bone.

Edris Adrian juga memberitahu keadaan Faizal Tahir agak serius tetapi beliau dalam keadaan yang beransur pulih.

Sama-sama’lah kita doakan semoga Faizal Tahir cepat sembuh & jangkitan kuman (jika benar) tersebut tidak terlalu serius. Superman lepas ini kena lebih aktif jaga diri.