Zizan Nin Tidak Benarkan Orang Awam Rakam Gambar Beliau

Ini lebih kepada luahan peribadi berbanding sifat sebenar Zizan Nin sendiri. Kami percaya Zizan Nin lebih baik daripada apa yang salah seorang staff kami alami.

Malam tadi, salah seorang jurukamera kami ke Mid Valley kerana mengetahui yang ada majlis pelancaran siri kosmetik baru keluaran jenama antarabangsa.

Dengan tanggapan akan hadir barisan selebriti untuk memeriahkan acara, staff kami pergi untuk mengambil gambar & mungkin temubual ringkas dengan sesiapa yang ada.

Kami kan publikasi kecil, siapa pun kami ketemu boleh kami jadikan cerita. Kebetulan, memang pertemuan staff kami dengan Zizan Nin menimbulkan cerita baru.

Ketika Zizan Nin sedang sibuk berurusan dengan salah seorang wartawan sebenar, staff kami cuba untuk mengambil gambar ala paparazzi.

Selepas kami dapat sekeping gambar, Zizan Nin kelihatan mahu beredar ke tempat lain bersama wartawan tersebut & sempat bertanyakan staff kami datang dari majalah mana. Teruskan Membaca