TERBARU

Maya Karin & Suami Tanam Sayur Sendiri, Masih Bencikan Matematik

(Sumber Gambar & Berita: Terima Kasih KOSMO! Online)

Keluar topik sedikit, hari ini Zubir The King tidak menulis apa-apa yang signifikan buat peminat hiburan Malaysia.

Cuma, ada tulis nota pendek mendakwa ada artis ‘kekwat’ tidak bertempat dengan wartawan. Tipikal Zubir.

Berbalik kepada Maya Karin yang semakin hari semakin awesome, dalam KOSMO! hari ini beliau memberitahu yang suaminya seorang yang kuat bertani.

Maya Karin & suami di’katakan menanam sendiri sayur di’apartment mereka seperti timun, tomato, kacang panjang & macam-macam lagi.

Baru-baru ini kata Maya Karin, beliau dapat menikmati rempah basil hasil tanaman suami tercinta. Untung Maya Karin dapat suami yang rajin sebegitu.

Beliau & suami yang akan berpindah ke Sungai Penchala tidak lama lagi mendakwa aktiviti bercucuk tanam ini akan di’teruskan dengan lebih serius.

Walaupun berkahwin dengan seorang guru Matematik, Maya Karin masih tidak sukakan subjek tersebut & suaminya pun jarang bercakap tentang hal sekolah di’rumah.

Jika kami mampu bagi anugerah pasangan suami & isteri paling awesome dari kalangan artis, Maya Karin & suaminya akan menang tanpa soal.

News Selebriti

Maya Karin Teringin Berlakon Drama Sehebat Nur Kasih

Kami ingat kisah Maya Karin menjadi pengacara baru Nona sudah basi, rupanya hype tentang ini masih berkeliaran.

Seawal Oktober rasanya TV3 sudah memberikan ura-ura yang Maya Karin bakal mengacarakan rancangan wanita popular mereka, Nona.

Tidak mengapa. Yang menarik minat kami hari ini adalah keinginan terbaru Maya Karin.

Bukan mengidam yang bukan-bukan kerana mengandung kerana awal-awal lagi Maya Karin sudah umumkan yang beliau mahu tangguh semua itu demi kerjaya.

Maya Karin yang di’temui media baru-baru ini berharap ada pihak boleh memberikan skrip sehebat Nur Kasih untuk beliau.

“Sebenarnya saya sudah mula gemarkan drama, terutama drama bersiri. Saya juga teringin berlakon drama kalau ditawarkan skrip sehebat Nur Kasih.”

Maya Karin pernah muncul dalam dua buah drama — Anak Pontianak & Waris yang mana kedua-duanya mengambil inspirasi filem lakonan beliau.

News Selebriti

(Video) Trailer Magika – Filem Muzikal Pertama Arahan Edry KRU

Terasa lama pula mahu menunggu Februari 2010 untuk menonton Magika hasil sentuhan Edry KRU ini.

Trailer yang mereka siarkan secara tidak rasmi di’Youtube menunjukkan plot & sinematografi filem ini nampak menarik.

Edry KRU mempertaruhkan Diana Danielle sebagai teraju utama filem ini di’samping lebih 20 bintang terkenal Malaysia seperti M.Nasir, Maya Karin, Ning Baizura, Adibah Noor, Vanidah Imran, Nabil (Raja Lawak) dan Aznil Hj Nawawi.

Filem ini secara asasnya menggabungkan hampir kebanyakkan mitos atau dongeng dalam komuniti Melayu seperti nenek kebayan, Mahsuri, orang minyak, Hang Tuah & puteri bunian.

Filem Magika ini di’katakan menelan belanja hampir RM2 juta yang mana RM500,000 di’peruntukkan untuk bayaran pelakon sahaja.

Proses akhir suntingan filem Magika ini di’lakukan di Bangkok, Thailand. Trailer Magika selepas ini. Teruskan Membaca →

News Video

Faezah Elai Tidak Akui Diri Sebagai Seksi, Jadi Heroin Tomok

Faezah Elai seperti yang kita tahu memang terkenal dengan imej seksi & nakal. Itu yang kita tahu.

Tetapi, hari ini Faezah Elai tampil dengan pengakuan tidak bersalah terhadap gelaran selebriti seksi yang di’berikan kepada beliau.

“Rasanya, saya bukannya seksi sangat pun. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan tidak suka dress up dengan gaya tertentu semata-mata untuk buat orang kagum dengan diri saya”

Pelakon yang boleh di’katakan baru ini menambah beliau baru sahaja selesai menjalani pengambaran filem Mantera yang mana Tomok menjadi hero utama.

Sekarang beliau sedang menjalani pengambaran filem Cun arahan Osman Ali bersama pelakon popular, Maya Karin.

Makin hebat portfolio gadis berusia 27 tahun ini, mana tahu selepas ini boleh pegang watak utama dalam filem.

News Selebriti

Epik: Maya Karin Bakal Bergandingan Dengan Wentworth Miller?

Editor: As stupid as it sounds. This one is a real news & we’ll keep our eyes on it. Wentworth Miller & Maya Karin, this is epic!

U-Wei Haji Saari muncul lagi dengan idea penuh berwawasan tetapi ada sedikit menimbulkan keraguan dalam hati para peminat hiburan tanah air.

Dalam laporan media hari ini, U-Wei memberitahu yang beliau kini sedang mengendalikan sebuah projek filem bernilai RM30 juta.

Filem yang akan mengadaptasi hasil tulisan sebuah novel oleh Almayer Foley bakal di’beri tajuk Finding Nina atau Hanyut.

U-Wei juga di’laporkan bakal menyunting hero drama bersiri popular, Prison Break. Bukan calang-calang pelakon yang di’cari.

Tidak di’pastikan hero yang mana satu, namun mungkinkah Wentworth Miller yang membawa watak Michael Scofield. Ini akan menjadi sejarah, pelakon Hollywood turun Malaywood.

Untuk menambah perisa, U-Wei dikatakan juga bakal menyunting bakat tempatan yang jelita, Maya Karin untuk bergandingan dengan hero pilihan beliau. Fuh!

News Selebriti