
Seriously Mr.Yusry?

Seriously Mr.Yusry?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.
Menurut seorang peminat hiburan yang dapat kisah ini dari sumber yang boleh di’percayai, pasangan urban Mizz Nina & Noh Hujan di’katakan bakal bertunang tidak lama lagi.
Agaknya sekarang ini memang musim artis bertunang & berkahwin. Entri kami yang lepas-lepas pun tidak lari dari topik sebegini.
Namun di’sebalik berita gembira buat peminat kedua-dua artis muda ini, ada sedikit berita yang tidak senang untuk di’dengar.
Ibu kepada Mizz Nina di’katakan tidak berapa berminat dengan pilihan anak gadis beliau & di’sebabkan itu majlis pertunangan ini tidak di’war-warkan.
Jika menurut hukum & manisnya, majlis pertunangan memang sepatutnya di’senyapkan & majlis perkahwinan nanti baru di’palu kompang sekampung.
Rasanya tidak wujud sentimen ibu yang tidak sukakan bakal menantu dek kerana hanya tidak war-warkan majlis pertunangan mereka. Aish, pertunangan ini belum tentu betul atau tidak. Gossip.
Entah kenapa, kami ada semacam perasaan yang pemuda bernama Lan ini tidak akan lekang dengan Meet Uncle Hussain. Band baru beliau tidak memberi impak sebegitu.
Apapun, Lan dari Azlan & The Typewriter telah pun selamat bertunang dengan gadis pilihan hati beliau. Senyap & sempoi, maklumlah bukan bertunang dengan golongan Datin K.
Akan tetapi, satu isu yang kecil di’sini, pakaian Lan yang nampak tidak begitu sesuai untuk sebuah majlis pertunangan. Sekurang-kurangnya sarungkan kemeja lengan panjang. Biar nampak kemas & lebih handsome.
Tahniah buat Lan & pasangan. Kalau sampai seru untuk berkahwin, layangkan’lah kad jemputan sekeping dua kepada kami. Lagi gambar selepas ini… Teruskan Membaca