Zizan Nin Tidak Benarkan Orang Awam Rakam Gambar Beliau

Ini lebih kepada luahan peribadi berbanding sifat sebenar Zizan Nin sendiri. Kami percaya Zizan Nin lebih baik daripada apa yang salah seorang staff kami alami.

Malam tadi, salah seorang jurukamera kami ke Mid Valley kerana mengetahui yang ada majlis pelancaran siri kosmetik baru keluaran jenama antarabangsa.

Dengan tanggapan akan hadir barisan selebriti untuk memeriahkan acara, staff kami pergi untuk mengambil gambar & mungkin temubual ringkas dengan sesiapa yang ada.

Kami kan publikasi kecil, siapa pun kami ketemu boleh kami jadikan cerita. Kebetulan, memang pertemuan staff kami dengan Zizan Nin menimbulkan cerita baru.

Ketika Zizan Nin sedang sibuk berurusan dengan salah seorang wartawan sebenar, staff kami cuba untuk mengambil gambar ala paparazzi.

Selepas kami dapat sekeping gambar, Zizan Nin kelihatan mahu beredar ke tempat lain bersama wartawan tersebut & sempat bertanyakan staff kami datang dari majalah mana. Teruskan Membaca

Nurul Syuhada Nurul Ain Kahwin Mejar Dr. Faiz Khaleed 2010?

Ada ura-ura menyatakan yang mereka dua mahu berkahwin tahun hadapan.

“Kami ikhlas berkawan dan berharap hubungan ini berakhir dengan sesuatu yang baik.”

“Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar dan diizinkan Yang Maha Esa mungkin tahun depan mahu berkahwin,” kata personaliti TV3, Nur Syuhada Nurul Ain (Nurul), sewaktu menjelaskan hubungannya dengan Angkasawan Kedua Negara, Mejar Dr Faiz Khaleed.

Baguslah jika ada perancangan yang baik sebegitu. Bak orang tua-tua kata, perkara baik jangan di’lengah-lengahkan. Jangan lupa jemput team RotiKaya ya nanti?