Gambar: Awal Ashaari & Scha al Yahya Sebagai Penghias EH! Edisi Februari 2012

Agak lama kami tidak paparkan penghias muka hadapan majalah yang menarik dan kali ini sekali lagi EH! memenuhi ruang.

Memang kena pemilihan Scha al Yahya dan Awal Ashaari sebagai penghias kulit EH! kali ini kerana pasangan ini sedang dalam radar peminat hiburan tempatan.

Bukan kerana apa, cuma Scha al Yahya & Awal Ashaari sudah pun mengumumkan yang mereka akan berkahwin sekitar 2012 namun belum menetapkan tarikh.

Tidak mengapa yang penting kedua dua mereka sudah pun merancang sesuatu yang baik untuk tahun 2012 ini dan kami doakan yang terbaik buat mereka.  Teruskan Membaca

Gambar: Nur Fazura Sebagai Penghias Muka Hadapan EH! Disember 2011

Seperti biasa jika sudah tiada kisah berat untuk di’angkat sebagai entri, ini kerja kami — usya majalah.

Dan EH! edisi Disember 2011 kali ini menampilkan figura yang kembali menjadi bualan peminat hiburan Malaysia sejak akhir akhir ini, Nur Fazura.

Menampilkan konsep Pesta & Kembara, Nur Fazura tampil dalam edisi kali ini bercerita tentang percutian peribadi beliau dan kekasih Yuna, Qi turut berkongsi cerita sama.

Untung Nur Fazura kembali menjadi bualan hangat tetapi kami sebenarnya rindukan buah tangan atau hasil lakonan Nur Fazura — dan masih ternanti nanti filem terbaru Bujang Terlajak, atau sekurang kurangnya telemovie.

Tidaklah nanti orang kata kembali popular hanya kerana kontroversi. Apa pun, dapatkan naskah majalah EH! edisi Disember 2011 anda di’kedai mamak berhampiran. Hanya RM7.00. Ini bukan iklan berbayar.

Gaya Sofistikated Lisa Surihani Untuk Majalah EH! Oktober 2011

Semalam ketika pulang menonton wayang, kami singgah kedai majalah untuk memeriksa kisah terbaru selebriti artis secara percuma.

Kami perasan akan kehadiran edisi terbaru majalah EH! di’sana dan sekilas pandang, kami tidak kenal siapa yang menjadi gadis penghias muka hadapan kali ini.

Lisa Surihani tampak begitu sofistikated dengan gaya & solekan berat di’bahagian mata sebegitu. Persis supermodel & pastinya selepas 14,000 langkah suntingan Photoshop.

Dalam edisi EH! Oktober 2011, Lisa Surihani di’petik berkata “Yusry, cinta hati saya” dan berbicara secara terbuka tentang kisah percintaan beliau dengan Yusry KRU ketika ini.

Salah satu fakta menarik yang boleh kami curi dari temubual EH! bersama Lisa Surihani — gadis ini pandai memasak ayam pedas & secara kebetulan itu adalah masakan kegemaran sang kekasih, Yusry KRU.

Mahu tahu lanjut apa yang Lisa Surihani bicarakan tentang kisah cinta beliau bersama Yusry KRU, dapatkan edisi terbaru EH! anda di’pasaran hari ini.

(Gambar) Majlis Perkahwinan Awal Ashaari & yeah, Tiz Zaqyah

Kredit gambar tanpa prejudis & jutaan penghargaan buat forum hiburan terhebat, terulung dan untouchable Malaysia, Cari.com.my.

Dan, seperti yang anda jangka, gambar-gambar ini adalah sedikit petikan dari sebuah drama lakonan mereka bersama.

Mana mungkin Awal Ashaari yang kita kenal hari ini mahu meninggalkan kekasih hati beliau, Scha al-Yahya setelah melalui ranjau & onak duri. Eceh.

Nampak janggal juga sebenarnya dua selebriti popular ini apabila berada di’atas pelamin bersama. Tapi, siapa tahu kan?. Lagi gambar ‘persandingan’ Tiz Zaqyah & Awal Ashaari selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

12