Sepahtu: Perpecahan Sepah Lebih Ke Arah Penyingkiran Mamat?

Ketika ini kami mendapat tahu sedang berlangsung sidang media tentang isu perpecahan kumpulan Sepah dan kami tidak di’undang. Sedih.

Namun kami berjaya dapatkan beberapa cebisan informasi dari mereka yang berada di’sana ketika ini. Terima kasih Teratak Armo.

Menurut maklumat yang kami terima, perpecahan Sepah telah di’umumkan secara rasmi dalam sidang media malam ini & mereka tidak bersama sejak episod terakhir Maharaja Lawak yang lalu.

Dalam kenyataan yang sama, Jepp & Shuib berkata mereka kini kembali bersama dan menubuhkan kumpulan baru tanpa Mamat yang di’beri nama Sepahtu.

Jepp & Shuib yang juga agak senyap selepas isu perpecahan tidak berapa lama dahulu akan mengeluarkan album bersama MW Entertainment & kerjasama bersama komposer terkenal seperti M Nasir & Azmeer.

Namun dalam benak kami timbul satu persoalan yang kami rasa agak relevan untuk di’bangkitkan — adakah perpecahan Sepah sebelum ini hanya gimik untuk menyingkirkan Mamat yang di’katakan menjadi masalah utama?

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009/10

(Kredit Gambar: Ribuan Terima Kasih Buat Sahrudin Yusof)

Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza yang berjaya merangkul anugerah Bintang Paling Popular 2009 malam ini. Merupakan satu kejutan buat kami sebenarnya.

Jika anda berminat untuk mengetahui isi perut sepanjang majlis anugerah berlangsung, baca liveblogging kami selepas ini, sebelum video keluar di Youtube.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti liveblogging ini & tahniah buat semua pemenang malam ini. Kita jumpa lagi tahun hadapan. Peace out! Teruskan Membaca

(Video) Trailer Magika – Filem Muzikal Pertama Arahan Edry KRU

Terasa lama pula mahu menunggu Februari 2010 untuk menonton Magika hasil sentuhan Edry KRU ini.

Trailer yang mereka siarkan secara tidak rasmi di’Youtube menunjukkan plot & sinematografi filem ini nampak menarik.

Edry KRU mempertaruhkan Diana Danielle sebagai teraju utama filem ini di’samping lebih 20 bintang terkenal Malaysia seperti M.Nasir, Maya Karin, Ning Baizura, Adibah Noor, Vanidah Imran, Nabil (Raja Lawak) dan Aznil Hj Nawawi.

Filem ini secara asasnya menggabungkan hampir kebanyakkan mitos atau dongeng dalam komuniti Melayu seperti nenek kebayan, Mahsuri, orang minyak, Hang Tuah & puteri bunian.

Filem Magika ini di’katakan menelan belanja hampir RM2 juta yang mana RM500,000 di’peruntukkan untuk bayaran pelakon sahaja.

Proses akhir suntingan filem Magika ini di’lakukan di Bangkok, Thailand. Trailer Magika selepas ini. Teruskan Membaca