Gambar: Lisa Surihani Seksi Di Sidang Media Anugerah Bintang Popular 2011

Orang kata , tajuk biar misleading janji isi kandungan penuh dengan bibit bibit awesome. Dan, ini ayat apa kau tulis wahai penulis?

Lisa Surihani adalah antara selebriti yang hadir ke sidang media pertama Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP2011) yang di’adakan di Holiday Villa, Subang Jaya petang semalam.

Beliau juga antara selebriti yang menjadi tumpuan pihak media termasuk kami yang kerdil ini — bertanyakan secebis soalan peribadi buat Lisa Surihani.

Memberikan komen tentang isu Astro berjaya terima hak eksklusif perkahwinan beliau, Lisa Surihani mengganggap itu bukan perkara besar kerana beliau merupakan wajah eksklusif Astro. Teruskan Membaca

BOTB: Lisa Surihani Dan Nur Fazura Di Parti Pelancaran LISA Malaysia

Ah kami rindukan pertandingan ringkas antara selebriti yang sudah lama kami tidak lakukan, hari ini — Battle of the Babe!

Jika kehadiran Fasha Sandha ke majlis pelancaran majalah LISA versi Malaysia menjadi sensasi satu Malaysia — apa kurang’nya kehadiran Nur Fazura & Lisa Surihani.

Nur Fazura merupakan penghias muka hadapan edisi pertama LISA dan Lisa Surihani hadir memeriahkan majlis meraikan majalah yang mengambil inspirasi dari nama beliau. Ya, kami bergurau.

Siapakah Pilihan Anda Untuk Merangkul Gelaran Artis Baru Wanita Popular Untuk #ABPBH25?

View Results

Loading ... Loading ...

Oleh kerana kedua mereka mengenakan persalinan yang ringkas namun tetap ada gaya tersendiri, Lisa Surihani & Nur Fazura kami aturkan untuk pilihan anda kali ini. Gambar rujukan seperti berikut. Rujukan, LOL! Teruskan Membaca

Gambar: Lisa Surihani Sekitar Sidang Media Istanbul Aku Datang, Cuti Seminggu

Sebenarnya malam tadi kami menunggu kelibat Lisa Surihani di karpet merah Anugerah Skrin 2001, namun hampa.

Perkhabaran yang kami terima, Lisa Surihani baru sahaja menerima kebenaran untuk bercuti selama seminggu dari doktor yang merawat beliau.

Ini semua gara gara Lisa Surihani mengalami sakit tekak & mata yang agak merisaukan selepas pulang dari penggambaran filem Istanbul Aku Datang di Istanbul, Turki.

Kami berkesempatan untuk bertemu Lisa Surihani di sidang media untuk meraikan tamat’nya penggambaran filem Istanbul Aku Datang di The Strand, Kota Damansara beberapa hari sebelum Anugerah Skrin 2011 malam tadi.

Gambar gambar yang bakal anda lihat selepas ini di’rakamkan ketika sidang media tersebut dan bonus untuk anda, beberapa keping bersama Beto Kusyairy. Selamat hari raya Aidiladha kawan kawan semua! Teruskan Membaca

Gambar: Lisa Surihani Minta Izin Yusry KRU Untuk Sambung Belajar

Aww how sweet. Kekasih minta izin & restu untuk sambung belajar.

Untuk majalah Perempuan edisi 254, mereka menampilkan Lisa Surihani sebagai cover girl.

Khabarnya ini kali kedua Lisa Surihani menjadi cover girl selepas muncul bersama Irwansyah dua tahun lalu untuk majalah yang sama.

Al-kisahnya, Lisa Surihani ada menyebut tentang niat beliau untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana.

Beliau juga ada meminta izin dari kekasih hati Yusry KRU & jejaka tersebut menurut Lisa Surihani tiada masalah untuk merelakan gadis ini menyambung pelajaran.

Tetapi Lisa Surihani masih berahsia tentang jurusan apa bakal beliau ambil — menurut majalah ini, ianya subjek yang masih berkaitan undang undang, tetapi berprofil tinggi.

Video belakang tabir sessi fotografi Lisa Surihani untuk majalah Perempuan edisi 254 selepas ini. EnjoiceTeruskan Membaca

Lisa Surihani Hiasi JELITA September, Calon Most Wanted FHM 2011

Petang semalam sempat kami membelek keluaran terbaru JELITA, buang tabiat baca majalah wanita.

Hanya kerana Lisa Surihani menjadi cover girl. Tetapi kami tidak dapat menangkap apa isi kandungan sebenar yang melibatkan gadis ini.

Jadi apa petua ibu yang Lisa Surihani amalkan ini kami tidak pasti & kemungkinan besar ada kaitan dengan perayaan Aidilfitri. Doesn’t matter now.

Beautiful Nara ada menyebut hari ini yang Lisa Surihani merupakan satu satunya gadis Melayu Islam dalam pencarian Most Wanted Women 2011 oleh majalah FHM.

Last time we check, Juliana Evans & Reem Shahwa Mohd Redza juga tersenarai. Mereka juga ada darah Melayu & beragama Islam. Correct us if we’re wrong. Bukan masalah besar sebenarnya.

Jika anda tanyakan pada kami sekarang, berikut adalah Top 5 Most Wanted Women 2011 pilihan Rotikaya.com Teruskan Membaca

123