Gaya Sofistikated Lisa Surihani Untuk Majalah EH! Oktober 2011

Semalam ketika pulang menonton wayang, kami singgah kedai majalah untuk memeriksa kisah terbaru selebriti artis secara percuma.

Kami perasan akan kehadiran edisi terbaru majalah EH! di’sana dan sekilas pandang, kami tidak kenal siapa yang menjadi gadis penghias muka hadapan kali ini.

Lisa Surihani tampak begitu sofistikated dengan gaya & solekan berat di’bahagian mata sebegitu. Persis supermodel & pastinya selepas 14,000 langkah suntingan Photoshop.

Dalam edisi EH! Oktober 2011, Lisa Surihani di’petik berkata “Yusry, cinta hati saya” dan berbicara secara terbuka tentang kisah percintaan beliau dengan Yusry KRU ketika ini.

Salah satu fakta menarik yang boleh kami curi dari temubual EH! bersama Lisa Surihani — gadis ini pandai memasak ayam pedas & secara kebetulan itu adalah masakan kegemaran sang kekasih, Yusry KRU.

Mahu tahu lanjut apa yang Lisa Surihani bicarakan tentang kisah cinta beliau bersama Yusry KRU, dapatkan edisi terbaru EH! anda di’pasaran hari ini.

Gambar: Lisa Surihani Minta Izin Yusry KRU Untuk Sambung Belajar

Aww how sweet. Kekasih minta izin & restu untuk sambung belajar.

Untuk majalah Perempuan edisi 254, mereka menampilkan Lisa Surihani sebagai cover girl.

Khabarnya ini kali kedua Lisa Surihani menjadi cover girl selepas muncul bersama Irwansyah dua tahun lalu untuk majalah yang sama.

Al-kisahnya, Lisa Surihani ada menyebut tentang niat beliau untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana.

Beliau juga ada meminta izin dari kekasih hati Yusry KRU & jejaka tersebut menurut Lisa Surihani tiada masalah untuk merelakan gadis ini menyambung pelajaran.

Tetapi Lisa Surihani masih berahsia tentang jurusan apa bakal beliau ambil — menurut majalah ini, ianya subjek yang masih berkaitan undang undang, tetapi berprofil tinggi.

Video belakang tabir sessi fotografi Lisa Surihani untuk majalah Perempuan edisi 254 selepas ini. EnjoiceTeruskan Membaca

Lisa Surihani Hiasi JELITA September, Calon Most Wanted FHM 2011

Petang semalam sempat kami membelek keluaran terbaru JELITA, buang tabiat baca majalah wanita.

Hanya kerana Lisa Surihani menjadi cover girl. Tetapi kami tidak dapat menangkap apa isi kandungan sebenar yang melibatkan gadis ini.

Jadi apa petua ibu yang Lisa Surihani amalkan ini kami tidak pasti & kemungkinan besar ada kaitan dengan perayaan Aidilfitri. Doesn’t matter now.

Beautiful Nara ada menyebut hari ini yang Lisa Surihani merupakan satu satunya gadis Melayu Islam dalam pencarian Most Wanted Women 2011 oleh majalah FHM.

Last time we check, Juliana Evans & Reem Shahwa Mohd Redza juga tersenarai. Mereka juga ada darah Melayu & beragama Islam. Correct us if we’re wrong. Bukan masalah besar sebenarnya.

Jika anda tanyakan pada kami sekarang, berikut adalah Top 5 Most Wanted Women 2011 pilihan Rotikaya.com Teruskan Membaca

Video: Lisa Surihani Ajak Para Peminat Beraya Bersama. Fan-cute-tastik.

Hey Lisa Surihani, could you be any cuter than this? Dan, buah hati satu Malaya ini kembali dengan video baru.

Kami boleh beri jaminan, apa sahaja video yang melibatkan Lisa Surihani, pasti akan goes viral bagai tiada esok hari. Agensi pengiklanan perlu tahu ini.

Ini video terbaru Lisa Surihani untuk Sofy  360 sebagai promosi & mengajak peminat untuk beraya di Rumah Terbuka Lisa Surihani.

Lisa Surihani sudah pun menyediakan 100 jemputan buat peminat yang bertuah terpilih melalui peraduan Sofy 360 ini. Caranya mudah, beli Sofy 360 & hantar borang penyertaan.

Maafkan kami, walaupun kami lelaki, kami perlu keluar sekarang untuk beli Sofy 360. Yeah! Video cute Lisa Surihani selepas ini. EnjoiceTeruskan Membaca

Video: Lisa Surihani & Arian. Mm mmm.

It’s official, kami memang kaki stalker Lisa Surihani. Ermm, who doesn’t?

Petang petang ini, elok kita layankan video terbaru dari Lisa Surihani yang sebenarnya pointless.

Ini video santai Lisa Surihani bersama Arian yang kami percaya mempunyai pertalian darah rapat dengan Lisa Surihani.

Seperti kami katakan, video ini tidak membawa apa apa tujuan khas namun track record menunjukkan Lisa Surihani memang selesa dengan budak budak — ingat Mia Sara?

Dan, KFC patut bayar Lisa Surihani dek kerana dalam video ini beliau menyebut beberapa kali jenama makanan segera tersebut. Viral marketing dude.

Video ini di’rakamkan Lisa Surihani untuk para peminat beliau di Facebook page rasmi beliau dan kami copy pasta ke Youtube tanpa segan silu. Enjoice!

12