TERBARU

(Gossip) Rozita Che Wan Bakal Kahwini VIP Mirip Datuk K?

Selepas Umie Aida yang menggemparkan Malaysia sedikit masa dahulu dengan pengumuman Datuk K versi sendiri, kini giliran Rozita Che Wan.

Zubir The King dalam tulisan terbarunya hari ini menyebut kebanyakan gossip yang timbul pada tahun 2009 boleh di’percayai kerana selalu di’akhiri dengan kebenaran.

Hari ini juga, Zubir The King menulis gossip pertama beliau pada tahun 2010 ini — berkaitan bakal suami Rozita Che Wan.

Pelakon wanita ‘rebutan’ ramai ini di’katakan bakal berkahwin dengan seorang VIP mirip wajah Datuk K milik Datuk Siti Nurhaliza.

Menurut Zubir The King wajahnya sahaja yang seperti Datuk K, potongan muka, bermisai, berkulit putih dan memiliki fesyen rambut yang sama dengan suami ikonik Malaysia itu.

Entah betul entah tidak berita yang di’sampaikan Zubir The King ini, namun tahun 2010 seperti tahun yang baik untuk Rozita Che Wan tamatkan zaman ‘solo’ beliau.

Gossip Selebriti

(Gambar) Juara Fesyen Arabian Night Anugerah Skrin, Rozita Che Wan

(Sumber Gambar: Minaq Jinggo The Awesome Photographer)

Ada pihak yang mengandaikan tema Arabian Night di’tentukan oleh penganjur untuk mengelakkan para selebriti memakai persalinan seksi.

Contohnya, akhir-akhir ini selebriti wanita kita rajin benar memakai pakaian mendedahkan dada mereka. Pada Arabian Night, mungkin semua ini tidak terjadi, kan?

Rozita Che Wan memecahkan andaian tersebut dengan tampil bersama fesyen mendedahkan kaki walaupun separuh wajah beliau tertutup.

Banyak juga fesyen pelik yang kami nampak di’malam Anugerah Skrin 2009, namun yang ini champion ke’atas semua persalinan yang ada.

Lagi gambar fesyen nampak kaki Rozita Che Wan di malam Anugerah Skrin 2009 selepas ini. Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti

Gossip Dengan Suami Orang, Rozita Che Wan Hampir Diserang Isteri VIP

Lama sudah nampaknya Rozita Che Wan menjanda.

Orang cantik seperti beliau ini amat patutlah mencari suami untuk anak-anak & jaminan masa hadapan.

Apabila di’tanya media tentang keinginan beliau untuk berkahwin, Rozita Che Wan menyatakan keinginan itu tetap ada.

Namun beliau tidak mahukan sebuah hubungan yang penuh dengan gossip & melibatkan pihak ketiga.

“Cukuplah sebelum ni saya hampir-hampir nak kena pukul selepas dikaitkan dengan suami mereka. Saya dah serik. Tak nak diserang lagi.”

Rasanya masih ramai lagi ingat akan gossip hebat melanda Rozita Che Wan & Datuk K. Tetapi kami pasti, Siti Nurhaliza bukan penyerang orangnya.

Baguslah kalau beringat sebelum kena. Ada baiknya juga pilih orang-orang kalangan biasa yang baik budi pekerti & tetap kerjanya.

Golongan korporat & VIP ini selalunya sudah terbiasa dengan sifat mahukan sesuatu dengan taburkan wang ringgit.

News Selebriti