TERBARU

(Twitter) Nora Danish Mahu Fasha Sandha Minta Maaf & Akui Kesilapan

Tidak tahu’lah samada ini ada kaitan dengan pujian orang ramai terhadap lakonan Fasha Sandha dalam Spa Qistina yang sedang di’tayangkan secara eksklusif di Astro atau tidak.

Masih belum habis dengan isu remeh ABPBH 2009/10, malam ini Nora Danish sekali lagi meluahkan rasa kurang senang beliau melalui Twitter.

Status Twitter Nora Danish yang secara terang lagi bersuluh di’tujukan buat Fasha Sandha itu meminta pelakon suara kecil ini mengakui kesilapan & meminta maaf.

Nora Danish juga menyebut bahawa orang awam tidak bodoh & Fasha Sandha boleh lihat dengan jelas dari peristiwa beliau kena ‘boo’ di’malam anugerah tempoh hari.

Kami berpendapat, jika Nora Danish untuk sekali, berani meletakkan @NurFashaSandha di belakang update seperti ini, kita akan ada perang Twitter selebriti yang pertama untuk Malaysia. Heh!

Siapa tengok Spa Qistina versi premium kali ini? Betulkah lakonan Fasha Sandha sebagai pelacur kelas atasan & kaki goda betul-betul menjadi?

News Selebriti

Kini Anda Boleh Katakan Hello Kepada Fasha Sandha Di Twitter

Jika anda masih belum ada akaun Twitter & anda merupakan kipas susah mati kepada Fasha Sandha, ini masa terbaik untuk daftar satu — kerana Fasha Sandha sekarang ada di’Twitter.

Fasha Sandha yang kita kenali dengan pelbagai gossip nakal & panas baru sahaja mendaftarkan diri di’Twitter awal bulan ini dan masih belum mempunyai ramai pengikut.

Selepas ini, lebih pantas Fasha Sandha boleh menangkis sebarang gossip dengan hanya melalui Twitter. Jangan pula selepas sebulan dua senyap tanpa updates.

Tunggu apa lagi? Ikuti Fasha Sandha di @NurFashaSandha & jangan lupa juga ikuti stream Twitter kami untuk gossip Fasha Sandha yang terkini, @RotiKaya.

News Selebriti

Malam Tangkapan Awal & Scha: Fasha Sandha Selamat Kerana Keluar Awal?

Kisah ini di’sampaikan dari mulut ke mulut & kami sendiri kurang pasti akan kesahihan cerita Fasha Sandha ini.

Namun sebagai hiburan ringan untuk semua, kita layankan sahaja cerita selebriti kontroversi yang seorang ini.

Konon’nya, pada malam Hari Krismas tempoh hari, Fasha Sandha berada di’kelab yang turut sama di’hadiri oleh Awal Ashaari & Scha al-Yahya.

Namun, Fasha Sandha di’khabarkan terlepas dari serbuan kerana pulang awal selepas mendapat maklumat dari kenalan beliau yang kelab tersebut akan di’serbu.

Kenapa Fasha Sandha tidak sound rakan-rakan lain? Mungkin kerana mereka tidak lepak bersama atau malas mahu buat kecoh & kacau mood orang lain jika berita serbuan itu hanya rumor.

Kami pasti malam tahun baru nanti, pasti semua selebriti yang mahu ke’mana-mana kelab akan pastikan kelab tersebut beroperasi dengan lesen. Jangan ada yang kena serbu lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Scha al-Yahya pernah menulis di’Twitter tentang perilaku Tiger Woods yang bersikap berpura-pura & curang terhadap pasangan. Again, karma?

Gossip Selebriti

(Gossip) Fasha Sandha Bakal Dapat BMW Dari Duda Panas

Okay mungkinlah Fasha Sandha tidak akan dapat BMW senang-senang. Dalam ekonomi sekarang, duit memang sedikit ketat buat semua orang. Jutawan pun tidak terkecuali.

Gossip ini timbul dek kerana ada peminat hiburan yang ternampak kelibat Fasha Sandha dengan duda kontroversi beliau sedang meninjau kereta baru di sebuah showroom di ibukota.

Apa yang menjadi tanda tanya bukan Fasha Sandha akan dapat BMW atau tidak, namun sejauh mana sebenarnya hubungan Fasha Sandha dan duda Nora Danish?

Pelbagai gambar & sumber sahih telah membuktikan yang mereka lebih dari sekadar kawan, tetapi masing-masing masih tidak mengaku. Buat peminat makin jelik, itupun kalau masih ada peminat.

News