TERBARU

(Gambar) Tiz Zaqyah Di ASK 2010

Kami ada lebih 500 keping gambar yang kami ambil bersama rakan media kami, OHBULAN! di Anugerah Skrin 2010 Jumaat lalu.

Dan, kami suka untuk mulakan edisi persembahan gambar-gambar kami dengan memaparkan gambar selebriti sensasi Tiz Zaqyah di majlis anugerah berprestij ini.

Lagi gambar Tiz Zaqyah di malam Anugerah Skrin 2010 selepas ini. Selebriti lain bakal menyusul. Enjoice! Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti

(Video) 3 Teaser/Trailer Pertama Nur Kasih The Movie. Nampak Sedap!

Malam ini, baru sahaja, salah seorang pelakon sensasi yang membintangi filem Nur Kasih The Movie berkongsi video untuk peminat beliau.

Tiz Zaqyah malam ini bertindak sebagai ejen promosi apabila buat pertama kali memberi link ke video Facebook rasmi Nur Kasih The Movie.

ADS: Jangan lupa untuk Like! kami di Facebook rasmi Rotikaya. Jika bernasib baik, kita boleh bikin party makan roti kaya.

Tiga buah video bertindak sebagai teaser rasmi berdurasi kurang 20 saat setiap satu ini merupakan berita baik buat peminat yang tertunggu tunggu perkembangan filem ini.

Buat anda semua peminat Nur Kasih, teaser atau trailer pendek untuk filem Nur Kasih The Movie selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca →

Hiburan News Video

Almy Nadia Kini Akui Kehadiran Orang Ketiga, Keempat Dalam Hubungan

Kalaulah anda masih ingat akan kisah pendedahan kontroversi Fasha Sandha tentang perangai belakang tabir Tiz Zaqyah tidak lama dulu, kisah ini agak relevan.

Almy Nadia hari ini bercakap kepada wartawan Murai tentang perasaan beliau yang sudah puas menangis tentang apa yang terjadi dalam hubungan beliau bersama Fizz Fairuz.

“Kehadiran orang ketiga atau keempat ini semua saya dah biasa. Nak menangis kerana semua itu pun, dah biasa, jadi langkah terbaik jangan terlalu memikirkan tentang cinta kerana ia akan membuatkan saya lebih makan hati.”

“Tapi buat masa sekarang kami ini, masih lagi bersama cuma kurang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kerja,” luah aktress yang agak menyepi ini kepada media.

Almy Nadia juga enggan mengulas dakwaan ibu Fizz Fairuz yang pasangan ini bakal berkahwin & mengakhiri zaman bujang Disember ini.

Komen oleh Mr.Obefiend berkenaan terma tipikal ‘kehadiran orang ketiga’ selepas ini. Warning: Not safe for work or under 13 years old. Teruskan Membaca →

News Selebriti

Rizal Ashram Mengaku Tiz Zaqyah Ajak Keluar, Fasha Sandha Berjoget Riang

“Tiz Zaqyah ada menghubungi saya empat kali, kira-kira jam 4 pagi, 19 Mac lalu. Kononnya dia ingin mengajak saya keluar tetapi saya menolak.”

Begitulah kata-kata Rizal Ashram yang kami copy pasta bulat-bulat dari Harian Metro hari ini. Kenyataan terbaru Rizal Ashram ini nampaknya akan menghangatkan situasi.

Tiz Zaqyah sebelum ini menyebut yang Fasha Sandha mengarut apabila menuduh beliau cuba menggangu hubungan cinta’nya dengan Rizal Ashram.

Mungkin kerana geram, Fasha Sandha memberikan lampu hijau kepada Rizal Ashram untuk mendedahkan segalanya. Mungkin.

Apabila tuan badan sendiri yang keluarkan kenyataan menyokong tuduhan Fasha Sandha terhadap Tiz Zaqyah, senang sudah jiwa raga.

Kita nantikan pula komen balas dari Tiz Zaqyah selepas ini. Masih menafikan atau mahu mula mengaku & menelan kepahitan yang di’cipta Fasha Sandha.

Update: Fizz Fairuz bersuara melalui mStar Online meminta Fasha Sandha jangan kaitkan namanya dengan agenda peribadi terhadap Tiz Zaqyah. Episod 2, action!

Update 2: Noh Hujan bergurau senda dengan Tiz Zaqyah dengan memetik laporan Harian Metro hari ini — “Patut la @tiztiztiz tak nak ajak aku klua.. Dia lepak 4 pagi. Time tu aku da tido..”

Gossip News Selebriti

Tiz Zaqyah Dambakan Rasa Cinta Rizal Ashram, Pernah Goda Fizz Fairuz

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Kami rasa sangat perlu untuk kisah ini di’tulis semula dalam sebuah entri baru biar tiada orang yang keliru dengan kisah yang ingin kami sampaikan.

Awal malam tadi, Fasha Sandha keluar dengan satu kenyataan panas melalui Twitter yang menyebut tentang seorang wanita mengganggu teman lelaki beliau & juga Almy Nadia.

Kami yang lurus bendul menyangkakan tulisan itu di’tujukan kepada Nora Danish tanpa sebarang syak wasangka & kajian lanjut. Kepada Nora Danish, kami pinta kemaafan.

Menurut salah seorang rakan baik & juga orang belakang tabir karier Fasha Sandha, wanita yang di’maksudkan dalam kenyataan tersebut merupakan pelakon popular Nur Kasih — Tiz Zaqyah.

Dalam kisah yang di’sampaikan, ramai wartawan media perdana tahu akan hal ini dan ada menulis beberapa artikel berbaur gossip untuk menegur perbuatan Tiz Zaqyah ini.

Ketika artikel gossip itu keluar, Fasha Sandha masih mahu perkara ini di’rahsiakan dari pengetahuan umum kerana mahu menjaga nama baik Tiz Zaqyah. Teruskan Membaca →

Gossip News Selebriti